Imej kemalangan yang kami paparkan ini berlaku di Malaysia. Gambar-gambar ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang juga penulis portal automotif terkenal, Paul Tan, yang telah menceritakan mengenai sebuah batu yang terkena kenderaannya di lebuhraya NKVE di ibu negara.
Dia turut berkongsi gambar kenderaan seorang pengguna Facebook dimana sebatang cerucuk berkarat menembusi cermin hadapan kenderaannya hingga ke tempat duduk penumpang di belakang. Yang lebih mengerikan ianya berpunca daripada muatan lori besar di jalanraya. Kejadian berlaku sekitar jam 1.30 petang di lebuhraya yang sama menuju ke Setia Alam. Kebetulan cerucuk besi itu tidak mencederakan sesiapa pun kerana pada waktu itu anaknya sedang berbaring di kerusi tempat duduk belakang dan tindakan refleks penumpang yang duduk di hadapn. Berhati-hati semasa memandu dan sentiasa mengawasi lori ataupun bas yang kadang-kadang dipandu oleh pendatang asing yang tidak mempunyai lesen.