Wah, terkejut juga kami apabila membaca berita mengenai Tunku Mahkota Johor ( TMJ ) yang bakal bertunang dengan seorang gadis dari Selangor dalam masa terdekat ini. Walaupun tiada pengumuman rasmi, berita Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dijangka melangsungkan perkahwinan pada Oktober depan, tersebar luas di laman sosial semalam. Gadis itu yang dilihat beberapa kali menemani TMJ ke perlawanan bola sepak pasukan Johor bernama Khaleeda Bustaman berasal dari Gombak dan telah berkenalan sejak setahun lalu.
Ini berikutan penyebaran surat edaran mengenai mesyuarat jawatankuasa santapan dan jamuan sempena istiadat perkahwinan Diraja, yang diadakan semalam yang turut terbesar di laman sosial.
Baginda dikatakan pernah membawa Cik Khaleeda yang masih menuntut di sebuah universiti, dalam majlis rasmi yang turut dihadiri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. Bagaimanapun Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli yang dihubungi mengenai perkara itu enggan mengulas dan meminta menunggu pengumuman rasmi.