Makanan, Ramadhan & Aidilfitri, Resipi

[ Resepi Raya / Tips ] Cara Membuat Biskut Almond London

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[ Resepi Raya / Tips ] Cara Membuat Biskut Almond London

Biskut Almond London
Bahan-bahan ( anggaran 140 biji )

  • 250 gm mentega
  • 9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 oz / 1/2 cawan nestum ( di kisar halus )
  • 3 oz / 1 cawan tepung jagung
  • 4 oz / 1 cawan gula aising
  • 1 biji kuning telor
  • Badam biji di panggang secukupnya
  • Badam cincang untuk hiasan
  • Coklat masakan secukupnya
  • Mangkuk kertas/ paper cup – warna hitam yang paling sesuai
  • Sedikit minyak jagung

Cara-cara penyediaan

1. Pukul mentega bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga rata.
2. Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
3. Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat mengikut citarasa sendiri.
4. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit atau sehingga masak dan sejukkan.
5. Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung anggaran 2 sudu makan untuk mengilatkan coklat itu. Kaedah double boiler boleh digunakan.
6. Apabila coklat sudah cair sepenuhnya, celupkan biskut sebiji – biji.
7. Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang di atasnya.
8. Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara.

BACA  Ketahui 6 Sebab Durian Baik Untuk Kesihatan Anda!
Leave a Reply
Your email address will not be published. *