Makanan, Pilihan, Ramadhan & Aidilfitri, Resipi

[ Resepi Raya / Tips ] Cara Membuat Tart Nenas Gulung

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[ Resepi Raya / Tips ] Cara Membuat Tart Nenas Gulung

Resepi Tart Nenas Gulung

Resepi Tart Nenas Gulung, adalah antara kuih raya yang paling popular dan disukai ramai. Tat ini sangat sedap, gebu dan cair di mulut. Pasti berbaloi jika anda mencubanya.

tat-nenas-gulung-resepi

Bahan-Bahan:

Bahan untuk jem :

  • 2 biji nenas, parut dan toskan air
  • 600 gram gula
  • 1 batang kayu manis
  • 2-3 titik pewarna kuning

Bagi anda yang tiada masa membuat jem nenas, anda boleh gunakan yang sedia ada di kedai.

Bahan-bahan untuk tat : 

  • 125 gram mentega, premium Anchor butter
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 3/4 cawan tepung gandum*
  • 1/4 cawan tepung jagung*
  • 1 sudu besar tepung kastard*
  • 1/2 sudu kecil garam halus

Bahan untuk hiasan:

  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu air
  • Setitik pewarna kuning
  • Cara Membuat:

Cara Penyediaan 
Cara membuat jem nenas :

  1. Masak nenas yang telah diparut bersama gula.
  2. Apabila hampir kering, masukkan pewarna kuning dan kulit kayu manis. Masak dengan api perlahan sehingga agak kering.

Cara membuat tat :

  1. Pukul mentega ( dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula sehingga putih dan berkrim.
  2. Masukkan kuning telur, minyak sapi dan garam. Kacau sehingga sebati.
  3. Ayak ketiga-tiga jenis tepung (bertanda *). Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga menjadih doh yang lembut. Rehatkan seketika.
  4. Masukkan doh ke dalam acuan tat, tekan dan gulung bersama inti nenas yang digentel kecil membujur. Susun di atas loyang yand dilapik dengan baking paper atau digriskan dengan butter.
  5. Sapukan atas tat gulung dengan bahan hiasan. Panaskan oven pada suhu 175 darjah celcius, masukkan kuih dan bakar selama 20-25 minit.

Cara-cara untuk bahan hiasan:
Kacau sebati kuning telur, air dan pewarna kuning. Sapu di atas tat gulung.

Komen Anda