Kebakaran di Hutan Simpan Sungai Tengi dan juga fenomena El Nino menjadi dua faktor utama berlakunya jerebu di kawasan Lembah Klang sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Kali dua kawasan iaitu Nilai, Negeri Sembilan dan Banting, Selangor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.
Menurut laman portal Indeks Pencemaran Udara (IPU) Jabatan Alam Sekitar (JAS) , kawasan Nilai mencatat bacaan IPU 105 manakala Banting, 128 setakat jam 8 malam semalam.
Selain dua kawasan itu, empat kawasan lagi mencatat bacaan IPU yang semakin meningkat iaitu sederhana dan juga tidak sihat iaitu Putrajaya (121 ), Pelabuhan Klang ( 114 ), Batu Muda, KL ( 94 ) dan Cheras, KL ( 101 ) .
Kami juga berkongsi beberapa tips penting semasa menghadapi jerebu. –> TIPS PENTING MENGHADAPI JEREBU
Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel di dalam artikel yang dikeluarkan di MStar Online, menjelaskan bahawa aktiviti pembakaran di Sumatera Tengah Indonesia, menjadi punca munculnya jerebu di beberapa kawasan pantai barat Semenanjung, termasuk ibu negara.