Penyerang Uruguay dan kelab Liverpool, Luis Suarez berdepan dengan skandal menggigit salah seorang pemain Itali. Pemain Itali, Giorgio Chielline mendakwa penyerang sensasi Uruguay itu menggigitnya di bahu namun pengadil tidak mengambil sebarang tindakan meskipun ulang tayang menunjukkan Suarez ada melakukan sesuatu padanya.
Gambar close up sememangnya jelas menunjukkan bekas gigitan sekurang-kurangnya lima gigi pada bahu Chiellini.
Uruguay mara selaku naib johan Kumpulan D dan Costa Rica johan selepas seri 1-1 menentang England dalam satu lagi perlawanan di Belo Horizonte. Selepas kapten Uruguay, Diego Godin muncul wira apabila menanduk masuk melepasi jangkauan penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon pada minit ke-81 hasil sepakan sudut Gaston Ramirez.
Sebelum ini, Suarez terpaksa menghabiskan masa di bangku kerana di-ban 10 perlawanan dan meminta maaf kerana telah menggigit pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic.
Tindakan Suarez itu mendapat kencaman para peminat bola sepak khususnya peminat Itali yang menggelarnya Vampire dan Jaws. Malah, terdapat gurauan Suarez akan memakai peralatan khas di perlawanan musim hadapan bagi menutup mulutnya daripada mencari mangsa untuk menggigit.
Sumber: Dailymail