Penggunaan pelembap masih tidak dipandang serius oleh 61% wanita dengan alasan kesuntukan masa walaupun 90% sedar penggunaan pelembap kulit secara tetap adalah penting.
Sebanyak 56% wanita Malaysia tidak menggunakan losen pelembap kulit secara tetap, walaupun 90% daripada mereka percaya menjaga kelembapan kulit adalah penting, menurut tinjauan dari Vaseline. Maklumat yang lanjut menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia tidak mengambil berat soal menjaga kelembapan kulit dengan memberi alasan kesuntukan masa(61%).
Kulit kering berpunca daripada faktor seperti pendedahan kepada penghawa dingin untuk jangka masa yang lama dan pendedahan kepada cuaca Malaysia yang panas lembap. Selain faktor persekitaran, aktiviti harian seperti mandi air panas juga boleh menghilangkan kelembapan dari kulit. Oleh itu, ia adalah penting bagi kita memelihara kelembapan kulit sepanjang hari demi kesihatan kulit dalam jangka masa panjang.
Memandangkan ramai wanita Malaysia yang masih kurang arif tentang persekitaran dan aktiviti harian yang mampu mendatangkan kesan-kesan negatif pada kulit mereka dalam masa hanya 24 jam, Vaseline Malaysia telah memulakan kempen ‘Dry Skin Restored’ dengan matlamat meningkatkan kesedaran di kalangan wanita di Malaysia mengenai manfaat menjaga kelembapan kulit.
Rangkaian Vaseline Total Moisture mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti aloe vera, oat dan lemak koko serta teknologi inovatif Stratys-3™, bagi membekalkan kelembapan berpanjangan kepada kulit. Stratys-3™ merupakan kompleks berlapis yang menyemai dan mengekalkan lembapan serta memberi khasiat pada keseluruhan kulit, merentasi bahagian atas, teras dan bawah lapisan kulit * tanpa meninggalkan kesan melekit.
Kini anda boleh dapatkan produk Vaseline di pasar raya besar dan farmasi terkemuka pada harga runcit yang disarankan RM8.90 bagi 100ml, RM15.90 bagi 200ml dan RM22.00 untuk 400ml.