Sama ada yang diberi barangan mahal atau tidak bukanlah isunya, tetapi cara anda mengubahnya menjadikan satu-satu hantara itu kelihatan menarik. Jika keliru barangan apa yang sesuai untuk dijadikan hantaran, mungkin anda boleh baca di artikel kami – Hantaran Perkahwinan : Tips Memilih dan Contoh Barang Hantaran
1. Cara meletakkan barang di dalam dulang hantaran biarlah tampak classy. Usahlah seperti mahu menunjuk-nunjuk jenama barangan.
2. Pemilihan warna dulang hantaran juga penting, namun itulah kesilapan yang biasa dilakukan. Pengantin perempuan seharusnya mereka dulang hantaran dalam gaya yang lebih maskulin kerana hantaran adalah hadiah daripada mereka untuk pengantin lelaki. Begitulah sebaliknya.
3. Tata rias yang ringkas dan tidak terlalu sarat lebih sesuai.
4. Saiz barang menjadi perkara paling penting. Jangan memilih barang yang berat dan besar untuk diletakkan di atas dulang hantaran. Menyusahkan tukang gubah dan juga orang yang baal mengangkat hantaran anda.
5. Dinasihatkan anda tidak berbalas dulang hantaran dalam kuantiti yang banyak. Kenapa tidak boleh? Apa guna berbalas hantaran yang banyak jika isinya berulang-ulang, misalnya sudah ada coklat, mahu pula diberikan kek. Satu manisan sudah memadai.
Jurnal Kahwin, Majalah Eh