Seorang pelajar tahun akhir Universiti Malaya yang dikenali dengan nama Zulaikha Adam, didakwa telah diarah keluar dari dewan peperiksaan untuk menanggalkan purdah yang dipakainya. Hal tersebut telah diketahui dan disebarkan melalui status Facebook pelajar perempuan tersebut sendiri.
Isu ini menjadi panas dan menimbulkan perdebatan kerana kelihatannya seperti peraturan universiti tertua di Malaysia menafikan hak asasi manusia tambahan lagi amalan berpurdah bagi wanita Islam melibatkan soal agama. Zulaikha juga turut memuatkan status yang menggambarkan perasaannya yang berasa tidak dilayan secara adil dan didiskriminasi.
Sedar yang perkara tersebut mendapat perhatian ramai dan reaksi negatif masyarakat , pihak Universiti Malaysia telahpun menjelaskan perkara tersebut melalui medium yang sama.
Kalau ikutkan penjelasan yang dimuat naik ke halaman Facebook Universiti Malaya, seolahnya dakwaan Zulaikha terdahulu tidak benar namun tidak adil juga untuk memutuskan sebegitu memandangkan tiada lagi kenyataan yang dikeluarkan oleh pelajar tersebut memandangkan beliau memutuskan untuk menutup akaun Facebooknya selepas mengeluarkan kenyataan tersebut. Jadi persoalan siapa yang salah dalam kes ini juga tidak boleh diputuskan secara jelas.
Sumber Imej daripada Says.com