Fesyen, Pilihan, Tips

Reebonz – 10 Jenis Beg Tangan Mewah & Tips Penjagaan

Malisa Aina
/
petite, nail biter, foodaholic
Reebonz – 10 Jenis Beg Tangan Mewah & Tips Penjagaan

Photo 4 (2)

Untuk kebanyakan golongan wanita, pencarian beg tangan berjenama yang sempurna adalah lebih mudah diperkatakan daripada dilaksanakan. Selain daripada pelbagai aspek yang perlu dipertimbangkan, membuat pembelian yang betul memerlukan pengetahuan tersendiri dan perancangan lebih awal sebelum membajetkan wang yang diperoleh daripada hasil titik peluh seseorang.

“Kebanyakan masa, kita akan keliru untuk mencari beg idaman yang sesuai. Pencarian beg yang sempurna untuk diri sendiri bukan sahaja hanya bergantung pada gaya dan trend terkini. Ketika anda sedang membeli-belah, anda perlu mengambil kira beberapa faktor dalam fikiranmu, seperti warna, fungsi, bahan, tekstur dan faktor yang lain,” kata pegawai kanan pemilihan dan pembelian produk (senior merchandiser) dari Ibu Pejabat Reebonz (Singapura), Ms Gail Chen.

Chen, yang datang dari Singapura ke Malaysia berkongsi tip-tip dan maklumat bersama pihak media mengenai gaya beg tangan berjenama yang harus dimiliki untuk musim ini dan musim akan datang. 

Photo 4 (1)

Chen juga berkongsi sebanyak sepuluh jenis beg tangan berjenama terbaik yang dijangka akan menguasai dunia fesyen dalam musim bunga/panas 2014(Spring/Summer 14).

  • Beg galas adalah kecil (The Petite Shoulder Bag), berbentuk kotak dan berstruktur, di mana beg ini sering dihiasi dengan tali rantai. Beg ini cukup kecil untuk membuat pengubahsuaian tetapi cukup luas untuk mengisi kesemua keperluan anda.
  • Beg silang mini (The Mini Cross-body Bag) adalah beg bertali panjang yang tahan lasak. Beg ini mempamerkan rupa bentuk yang ringkas dengan penutup depan dan pengancing sentral yang memberikan rupa seakan-akan beg galas mini.
  • Beg tangan yang teliti (The Prim Handbag) mengenangkan lambang gaya beg vintaj dengan struktur reka bentuknya. Beg ini turut dikemas kini pada musim ini dengan keperincian blok warna dan kombinasi warna yang di luar jangkaan.
  • Beg bowling (The Bowling Bag) biasanya didapati dalam tiga saiz, di mana antara yang paling popular merupakan beg dalam saiz sederhana. Beg serba guna ini boleh dibawa seperti beg jinjing ataupun tersebai di bahu dengan tali yang panjang.
  • Minaudière merupakan item yang penting dalam pentas peragaan musim ini. Nama beg ini dapat daripada perkataan Perancis yang bermaksud ‘kecil, mini, beg berbentuk empat persegi’. Beg ini bertujuan untuk menggantikan tas tangan, di mana bag ini sering diselaputi dengan permata atau kancing untuk menggandakan keserian beg tersebut.

Photo 6 (1)

  • Kotak pensil (The Pencil Case) yang sering dikenali ramai dengan kelembutan dan mudah lentur, reka bentuk ‘kotak pensil’ yang agak besar merupakan produk kegemaran di kalangan penggemar fesyen. Pada musim ini dilihat kotak pensil ini dikemaskinikan dengan bertekstur dan bertatah kulit.
  • Tas tangan (The Clutch Bag) adalah berbentuk luas, lebih besar dan formal berbanding dengan kotak pensil. Tas tangan pada musim ini memiliki kelengkapan tali yang menjadikan beg pegang Moniker.
  • Beg (The Luxury Tote) jinjing mewah sering digunakan sebagai beg serba guna untuk kerja dan ia adalah impian setiap wanita yang bekerja. Seseorang mampu dapat melengkapkan dengan apa-apa sahaja terutamanya keperluan pekerjaan seperti komputer riba, iPad dan yang lain-lain lagi.
  • Beg jinjing (The Structured Tote) yang berstruktur ini mempunyai salah satu saiz mesra pengguna dan ia menerima kemas kini berbentuk segiempat pada musim ini. Dengan saiz yang lebih besar berbanding A4, seseorang boleh menggunakannya untuk sebarang tujuan.
  • Beg galas kulit (The Leather Backpack) pula membuat kemunculan semula yang hebat dengan sentuhan sukan pada musim ini manakala beg berjenama juga mendapat pengaruh gaya yang sama. Beg kanvas yang diperbuat daripada kulit ‘luxe’ pada musim ini akan memberi gaya yang sofistikated.

Photo 5 (1)

Tip untuk menjaga beg kulit mewah

  • Tidak elok untuk menyimpan beg dalam tempat yang bersuhu panas atau tertutup kerana “kulit perlu bernafas!”
  • Cara yang paling mudah untuk membersihkan beg itu adalah dengan menggunakan kain lembap, kain lembut mikrofiber atau pembersih kulit yang khas.
  • Elakkan menggunakan bahan beralkohol untuk membersihkan beg kerana bahan tersebut akan merosakkan kulit beg tersebut!
  • Elak meletakkan beg berhampiran barang kosmetik atau pen penanda kerana mudah mendapat kesan dakwatnya. 
  • Sekiranya seseorang itu ingin membersihkan beg berjenama pereka masing-masing, adalah lebih baik menghantar beg tersebut kepada kedai asal di mana beg tersebut dijual. Ini kerana pihak kedai mempunyai kepakaran dan peralatan profesional untuk membersihkan beg anda dan nilai beg tersebut dapat dikekalkan dan dipulihkan.

Komen Anda