Bahagia dan sempurna! Itulah perkataan yang terpacul dari mulut kami tatkala melihat gambar majlis aqiqah bayi sulung pelakon Ashraf Muslim bersama isteri keduanya Wan Sakinah di kediaman mereka. Anak sulung mereka yang diberi nama Sarah Ashraf Muslim itu dilahirkan pada jam 11.50 malam ( 5 April 2014 ) dengan seberat 2.51kg bertempat di Tropicana Medical Centre secara normal.
Gambar-gambar majlis bahagia yang dirakam oleh jurugambar rasmi mereka iaitu The Photolicious itu menggunakan warna tema merah jambu dan biru muda turut dihadiri isteri pertama Ashraf iaitu Noor Dayana yang mengenakan pakaian warna sedondon dengan Wan Sakinah. Jom lihat 13 gambar yang kami kongsikan di sini!