Emma Roberts dilahirkan pada 10 Februari 1991 di Rhinebeck, New York. Emma dikenali kerana mak ciknya merupakan pelakon hebat Julia Roberts. Seperti selebriti Hollywood lain, bila muncul di karpet merah untuk sesuatu acara, pasti penampilan daripada kepala sehingga ke kaki akan diperhatikan. Cacat sikit penampilan habis dkritiknya. Emma tidak terkecuali terkena kritikan fesyen yang digayakannya. Ramai mempertikaikan fesyen Emma yang dikatakan tidak sesuai dengan usianya yang masih muda. Mungkin terlalu awal untuk Emma mengenakan busana evening gown di usia remaja sebegini.
Menerusi portal Your Next Shoes, kami kongsikan beberapa pilihan kasut yang digayakan Emma Roberts.
Emma sempurna dengan sepasang pointy-toe jewel “Trina” pumps oleh Jimmy Choo.
Hot! Elegan dan sempurna sekali penampilan Emma pada kali ini. Memilih red silk jacquard fil coupé mini dress dari Fendi spring 2014 dan red satin “Kaela” pumps oleh Brian Atwood.
Seksi dan segar sekali Emma mengenakan strapless sequined dress oleh Saint Laurent, sandals tumit tinggi dari Jimmy Choo dan clutch oleh Charlotte Olympia Pearl Pandora
Sexy and sweet Emma memilih lace-layered pencil skirt oleh Alexia Ulibarri spring 2014 dan ankle-tie “Lana” pumps dari Bionda Castana.
Penampilan kasual dan relax dengan hanya sepasang snakeskin ankle boots oleh Rodarte.