Makanan, Pilihan

5 Restoran Makanan Korea Halal Di KL/Shah Alam Patut Anda Cuba

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
5 Restoran Makanan Korea Halal Di KL/Shah Alam Patut Anda Cuba

Demam Kpop? Demam drama Korea? Demam Running Man? Semuanya menyebabkan anda ingin mencuba makanan Korea tapi susahnya nak dapatkan yang halal. Nah! Wanista senaraikan 5 restoran makanan Korea yang halal dan semestinya wajib anda cuba.

1. Sweetree, Ampang

IKLAN
thereallifestoryof-marliyana.blogspot.com
thereallifestoryof-marliyana.blogspot.com

Apa yang menarik di Sweetree, Ampang sehingga program makanan TV3 Jalan-Jalan Cari Makan sudah sampai ke sini. Seperti biasa makanan Korea di sini halal dan mempunyai pelbagai pilihan. Portion juga besar untuk makan satu keluarga. Antara yang sedap ialah Jjam Bong, Ja jang Myun, Bul Go Gi, Spring Onion Pancake, Yuk Gye Jang dan pelbagai lagi.

LOKASI – No.13, Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, Ampang

2. Gangnam Station, Shah Alam

someoneactuallylikesme.blogspot.com
someoneactuallylikesme.blogspot.com

Restoran ini di usahakan oleh En Samsuddin Abd. Aziz dan terletak berdekatan Stadium Shah Alam dan bersebelahan Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah. Menariknya ialah restoran ini pakar dalam masakan Bulgogi. Yang best ialah Sundubu Jjigae, Tteokbokki Rice Cake, Bulgogi. Gangnam Station juga pernah memasuki program makanan TV3 Jalan-Jalan Cari Makan.

LOKASI – Beralamat di G36, Block 5, Laman Seri Business Park, Jalan Persiaran Sukan, Seksyen 13 Shah Alam

3. Dubu-Dubu Seoul Food

www.everydayfoodilove.co
www.everydayfoodilove.co

Lokasi Dubu-Dubu ini mudah kerana ianya berada di dalam Midvalley Megamall (ground floor). Yang menarik untuk dicuba adalah Bibimbab Chicken and Beef Set (RM18.90), Garlic Bulgogi Beef Set (RM20.90), Spicy Udon Set (RM18.90), Spicy Toppokki (RM14.90) dan Pa-Jeon (RM11.50). Jika nak tahu lebih lanjut, boleh layari www.dubudubu.com.my  malah, boleh berkunjung terus ke branch di Berjaya Times Square dan One Utama.

4. Seoul Garden Korean BBQ/Steamboat

IKLAN
www.foodpoi.com
www.foodpoi.com

Ini merupakan restoran halal yang menyediakan barbeku dan menu steamboat. Restoran menyediakan gaya bufet dengan meyediakan pelbagai pilihan makanan seperti daging lembu, daging kambing, makanan laut juga sayuran segar.  Outlets Seoul Garden terdapat di 1 Utama, The Mines, Paradigm Mall, IOI Mall, KL Festival City, Setia City Mall.

5. Bulgogi Brothers

bb-17

Apa yang menariknya mengenai restoran Bulgogi Brothers ini, setiap hidangan akan disertakan dengan side dishes (banchan ) dan juga minuman percuma (mereka mempunyai beberapa jenis teh yang berbeza iaitu corn tea, buckwheat tea, brown rice tea yang ditukar setiap hari ) dan portion sangat banyak ( satu hidangan boleh makan dua orang ). Yang sedap ialah Dak Galbi Bulgogi, KIMCHI JJIGAE, HAEMUL PAJEON, HAEMUL DOENJANG JJIGAE dan pelbagai lagi. Bulgogi Brothers terdapat di Mid Valley Megamall, [email protected], Pavillion KL, Paradigm Mall.