Nampaknya status sebagai selebriti popular Hollywood telah mendorong aktres British, Emma Watson untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam menjalani kehidupan sehariannya.
Emma, 24, telah mengupah seorang anggota polis wanita yang bersenjata untuk melindunginya ketika majlis graduasinya di Universiti Brown, Rhode Island, baru-baru ini. Malah, polis wanita tersebut menyamar sebagai graduan dengan memakai jubag graduan serta mortar board dan duduk di sebelah pelakon filem Harry Potter itu, lagaknya seakan-akan rakan sekelas Emma yang turut sama menunggu giliran menerima diploma.
Wanista kongsikan beberapa keping gambar yang diperolehi daripada BuzzFeed.