Sinonim dengan daya hidup, Zespri®, peneraju dalam industri buah kiwi, memperkenalkan varian baru, iaitu Buah Kiwi Zespri® SunGold. Berkulit licin, berwarna coklat dan berbentuk bujur, buah kiwi dengan isi keemasannya mempunyai rasa manis yang menyegarkan dan adalah antara salah satu buah yang mengandungi nutrien yang paling padat di bumi.
Kaya dengan Vitamin C dan sumber serat, folat, potasium dan antioksidan,buah kiwitelah dibuktikan secara saintifik boleh meningkatkan kesejahteraan hidup dan membina tenaga.Buah Kiwi Zespri® SunGold mengandungi lebih daripada 20 jenis vitamin dan mineral, lebih banyak berbanding dengan hampir semua buah-buah biasa. Ia mengandungi banyak antioksidan iaitu Vitamin C (tiga kali ganda lebih daripada oren per 100g isi buah) dan Vitamin E (tujuh kali lebih daripada epal dan oren) dalam sesebiji buah.
Oleh sebab badan kita tidak boleh mensistesiskan Vitamin C secara semula jadi, ia amatlah penting untuk mendapatkan keperluan Vitamin C setiap hari dari sumber makanan semula jadi. Tambahan pula, Vitamin C juga dikenali sebagai vitamin larut air, maka, ia juga mudah dikeluarkan daripada badan. Pengambilan nutrien Vitamin C yang digalakkan bagi rakyat Malaysia ialah 70mg/ sehari. Dengan sebiji Buah Kiwi Zespri® SunGold, ia mengandungi sehingga 161mg Vitamin C, di mana ia memenuhilebih daripada keperluan Vitamin C seharian seseorang.
Selain rasa manisnya yang menyegarkan, Buah Kiwi Zespri® SunGold juga membawa rasa masam manis yang seimbang untuk setiap hidangan, sama ada ia ditambah sebagai bahan utama, iringan sedap atau pencuci mulut yang lazat.Buah Kiwi Zespri® SunGold pastinyapilihanyang sihat,serba boleh dan lazat untuk pelengkap diet harian untuk setiap orang.