Sempena pelancaran Mission Naan, Chef Nik Michael telah menampilkan beberapa hidangan yang enak dan lazat menggunakan Roti Mission Naan yang senang dibuat. Wanista kongsi resepi.
1. Sambal Soft Shell Crab
Bagi Ketam
• Soft Shell Crab (dibersihkan & dipotong)
• Tepung ubi kayu (cukup untuk menggoreng ketam)
• Garam laut dan perasa shichimi togarashi
1. Adunkan tepung bersama garam dan shichimi togarashi
2. Ambil isi ketam
3. Goreng dalam minyak pada 170 celcius sehingga perang keemasan
Bagi Sambal
• 200g Cili kering (rebus)
• 8 bawang Sepanyol
• 10 ulas bawang putih (dikupas)
• 2 inci halia (dikupas)
• 1 sudu besar pes Tamarind, dicairkan dalam air
• gula sawit dan garam secukup rasa
1. Kisar cili, bawang, bawang putih, halia dengan sedikit air
2. Tumiskan sehingga wangi dan pes menjadi kering tetapi jangan sampai terlalu kering
2. Prawn Tandoori with Mint & Coriander Chutney
Bagi Chutney
- 1 cawan daun pudina segar dicincang
- 1 cawan daun ketumbar segar dicincang
- 1 biji cili hijau (menambah lebih cili jika anda mahu chutney untuk menjadi pedas)
- ½ inci halia
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih
- 1-2 sudu besar jus lemon
- garam laut
- yogurt untuk warna dan rasa, kira-kira 1 cawan
1. Campurkan kesemua bahan kecuali yogurt
2. Masukkan yogurt dan kacau sebati. Hidangkan
Untuk Udang Tandoori
- 4 sudu Greek Yogurt
- 2.5 cm halia diparut
- 1 ulas bawang putih parut
- 5 sudu jus lemon
- garam laut dan lada hitam secukup rasa
- 2 sudu teh serbuk jintan
- 0.25 sudu kecil garam masala
- 0.5 sudu teh serbuk paprika (sedikit lebih untuk warna, jika suka)
- 0.25 sudu kecil serbuk kunyit
- 10 ekor udang
Campur semua bahan-bahan dan perap selama 1 jam. Grill dalam ketuhar pada suhu 180 darjah C, sehingga masak selama 3 minit. Jangan terlalu sehingga kering. Hidangkan dengan Mission Naan Kosong ataupun Herba.