Baru semalam sahaja kita dikejutkan dengan berita perceraian pelakon Izreen Azminda yang telah diceraikan di lokasi pengambaraan di Pulau Pinang.
Pelakon Izreen Azminda Kena Cerai Di Lokasi Pengambaraan
Riza menerusi mStar Online memberitahu dia belum lagi melafazkan talak kepada Izreen, sebaliknya baru saja menfailkan perceraian.
“Saya akui rumah tangga kami bermasalah dan kami sudah tidak tinggal sebumbung sejak sebulan yang lalu, namun kami belum bercerai secara sah lagi,” ujarnya.
Menurut Riza lagi, pertemuannya dengan Izreen di lokasi penggambaran pada 16 Mei itu bukanlah untuk bercerai, tetapi untuk menghantar anak mereka kerana sudah lama tidak bertemu. Pada masa yang sama, mereka turut berbincang mengenai perceraian dan hak penjagaan anak selepas itu. Dia turut menyifatkan khabar yang menyatakan dia menceraikan isterinya di lokasi tersebut sebagai sesuautu yang sangat teruk.
“Saya ambil dia sebagai isteri dengan cara baik dan saya akan lepaskan dia juga dengan cara baik bukan seperti yang ditulis itu. Laporan itu tidak benar sama sekali,” katanya.
Hai, mana satu cerita yang betul ni? Hurmm