Kecantikan, Pilihan

Rahsia Kecantikan Wanita Jepun Dengan Eversoft Skinz

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Rahsia Kecantikan Wanita Jepun Dengan Eversoft Skinz

IMG_8544

Dunia terpersona dengan kecantikan wanita Jepun yang berkulit licin seperti porselin. Rahsianya di sebalik kejelitaan itu datangnya daripada rejim penjagaan kulit tradisional yang diperturunkan daripada generasi ke generasi.

EVERSOFT SKINZ tercipta hasil gabungan dua jenama iaitu EVERSOFT yang mengadaptasi fungsi bahan-bahan semula jadi dalam dunia kecantikan dan SKINZ yang mahir dalam teknologi sains kulit terkini. “Menerusi cantuman bahan-bahan semula jadi Jepun dan teknologi terbaharu, pakar-pakar penjagaan kulit kami berjaya menghasilkan barisan produk yang mengekalkan 5 langkah amalan penjagaan kulit Jepun,” ujar Pengurus Besar Pemasaran WIPRO-UNZA (Malaysia) Sdn. Bhd., Pan Choi Yen.

IMG 01

EVERSOFT SKINZ Youth Recall menggunakan ramuan tradisional Jepun yang terkenal dalam mengatasi masalah antipenuaan terdiri daripada:

RUMPAI LAUT WAKAME – Kaya dengan Kolagen-Phyto, Rumpai Laut Wakame membantu meningkatkan tahap kolagen dan secara jelas membantu mengurangkan kedutan serta mengembalikan keanjalan kulit untuk kontur wajah yang lebih menawan.

UME – Dikenali sebagai aprikot Jepun, Ume mengandungi bahan antiglisasi yang melindungi kulit dengan menyekat AGE (Advanced Glycation End) yang mengakibatkan kulit menjadi kusam dan kuning hasil daripada penuaan. Ume diguna secara tradisional dalam ubat-ubatan Jepun untuk mencerah dan menghilangkan kulit kuning serta menyamaratakan tona kulit untuk kompleksyen lebih cerah dan berseri.

BACA  Glamor Sungguh Sephora Collection x Marvel!

HIARURON SAN (Asid Hialuronik Luar Biasa ) – Juga dikenali sebagai “Pancuran Keremajaan”, Asid Hialuronik Luar Biasa mengunci kelembapan untuk hidrasi berpanjangan bagi memelihara kelembutan, kelicinan dan kecerahan kulit.

5 langkah rejim penjagaan kulit anti-penuaan

Langkah 1: Mencuci – Ini merupakan langkah pertama dan terpenting. Diformula bersama minyak botanika yang bertujuan melegakan, DEEP ACTION MICRO CLEANSING OIL membersihkan kulit dengan menyingkirkan solekan, pelindung matahari, krim BB dan produk lain pada wajah secara efektif.

Langkah 2: Membersih dengan mendalam – Langkah kedua ialah pembersih mendalam menggunakan HYDRA CLEAN CLEANSING FOAM (untuk kulit normal) atau DEEP MOIST RICH CLEANSING FOAM (untuk kulit kering). Dua produk ini membantu menyingkirkan noda-noda tersembunyi dan sebum berlebihan sambil melindungi keseimbangan semula jadi pH kulit.

Langkah 3: Menyegar – Langkah ketiga ialah menyegar (toning). HYDRATING TONING LOTION diperkaya dengan Hiaruron San (Asid Hialuronik Luar Biasa) yang memberikan 2x hidrasi segera dan efek pelembutan yang kekal untuk 24 jam. Ia juga membantu mengoptimumkan faedah pelembap anda.

BACA  4 Produk Kecantikan ‘Dalaman’ Yang Bahayakan Wanita

Langkah 4: Rawatan untuk  Pembaikan dan Keserian – Langkah keempat meliputi rawatan kulit menggunakan FIRMING & REFINING ESSENCE (Wajah & Mata) yang diperkaya dengan cecair pekat aktif bagi mengatasi tanda-tanda penuaan dan untuk tujuan pemutihan. Esen penapisan kulit ini juga mengandungi Peptid Pemulihan 3 pekat bagi mempercepatkan pemulihan untuk kulit yang lebih licin, berseri dan anti kulit kuning.

Langkah 5: Melembap – Langkah terakhir adalah dengan mengaplikasikan HYDRA GLOW FIRMING CREAM  SPF 30 PA++ untuk perlindungan di siang hari dan ULTRA RICH RENEWAL FIRMING CREAM sebelum tidur untuk tujuan melawan garis-garis kedut dan memperbaiki tanda-tanda penuaan ketika anda berehat.

Rangkaian penuh produk EVERSOFT SKINZ Youth Recall boleh didapati di semua farmasi utama, pasar raya dan kedai-kedai kecantikan bermula bulan ini. Kesemua rangkaian ini bersama produk-produk individu dijual pada harga bermula RM14.90 sehingga RM53.90.

Leave a Reply
Your email address will not be published. *