Tidak perlu susah, kini Hada Labo boleh menewaskan tanda-tanda penuaan dengan berkesan. Garis-garis halus, kedutan, kulit laser dan hilang keanjalan adalah tanda-tanda penuaan disebabkan oleh penurunan kandungan Hyaluronic Acid dalam badan kita.
Rangkaian produk Retinol Lifting + Firming Hada Labi terbaharu, kini memperkenalkan teknologi 3D Insta-Moisture Lock yang terunggul untuk memberikan pelembapan yang mendalam dan berpanjangan kepada kulit sambil memelihara agar kadar kelembapan kulit kekal seimbang pada tahap optimum. Teknologi 3D Insta-Moisture Lock mengabungkan 4 jenis Hyaluronic Acid yang berlainan saiz untuk memberikan kelembapan dari lapisan teratas ke terbawah kulit agar kulit tampil lebih lembut, lembap dan gebu berseri.
Teknologi Terunggul 3D Insta-Moisture Lock
Teknologi 3D Insta-Moisture Lock eksklusif rangkaian Hada Labo Retinol Lifting+Firming ini mengabungkan 4 jenis Hyaluronic Acid (3D Hyaluronic Acid, Super Hyaluronic Acid, Hyaluronic Acid dan Nano Hyaluronic Acid) untuk membentuk satu jaringan kelembapan yang menyaluti kulit kita untuk mengunci kelembapan dan memberikan penghidratan berterusan kepada setiap lapisan kulit. Ramuan SD Hyaluronic Acid adalah penemuan terbaharu Hada Labo yang berupaya mengunci kelembapan kulit untuk jangkamasa yang lebih lama agar kulit kekal lembut, halus dan licin.
Dipertingkatkan Dengan Ramuan Anti-Penuaan
Rangkaian Hada Labo Retinol Lifting + Firming juga diperkaya dengan 2 ramuan anti-penuaan yang efektif iaitu Retinol Vitamin A dan Kolagen untuk memelihara kulit agar kekal remaja. Pengabungan 2 ramuan anti-penuaan ini bersama dengan 4 jenis Hyaluronic Acid amat berkesan untuk merawat tanda-tanda penuaan seperti masalah nyah-hidrat, kedutan, kekusaman dan kehilangan keanjalan kulit.
Retinol Vitamin A – meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan. Ian turut membantu memperbaiki tekstur kulit agar tampak muda dan tegang berseri.
Kolagen – ramuan kolagen mudah meresap ke dalam kulit dan mempertingkatkan elastisiti kulit untuk penampilan yang lebih penuh dan anjal.
Rangkain Produk Hada Labo Retinol Lifting+Firming:
- Hada Labo Retinol Lifting+Firming Lotion, 170ml (RM59.90)
- Hada Labo Retinol Lifting+Firming Milk, 140ml (RM61.90)
- Hada Labo Retinol Lifting+Firming Essence, 30g (RM79.90)
- Hada Labo Retinol Lifting+Firming Cream, 50g (65.90)
- Hada Labo Retinol Lifting+Firming Mask, 4’s (RM49.90)
Rangkaian produk Hada Labo adalah PH seimbang dan bebas daripada sumber haiwan, alkohol, pewarna, pewangi dan minyak mineral. Ia boleh didapati di semua pasaraya besar dan farmasi diseluruh negara.