Bagi mereka yang penting kesihatan, kebersihan dan ingin berjimat, masak sendiri di rumah adalah cara terbaik. Ini memandangkan bahan-bahan yang digunakan di luar bukan sahaja tidak diketahui apa jenisnya, malah cara memasak pun tidak pasti, terutama masakan bergoreng. Harganya juga dua kali ganda dengan harga bahan yang anda beli di pasar.
Tetapi ramai memilih untuk makan diluar dengan alasan tidak sempat untuk masak dan terlalu penat untuk masak. Mungkin betul juga alasan yang diberikan. Setelah seharian penat bekerja di pejabat, mesti badan sudah penat dan balik rumah hanya untuk rehat. Oleh itu, mereka memilih untuk makan diluar, cepat, mudah dan tidak perlu untuk penat.
Kini tidak perlu risau lagi kerana Mission Pita memudahkan hidup kita semua. Mission Pita merupakan pengeluar roti terbesar di dunia dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Sempena pelancaran roti Pita, Mission Pita telah berkongsi beberapa idea cara penyediaan yang mudah dan ringkas untuk makan tengahari menggunakan roti Pita.
Chef Zam, seorang selebriti chef telah membuat demontrasi resepi yang boleh disediakan dengan menggunakan roti Pita dan semestinya kesemua mudah, bersih dan enak.
Bukankah bosan makan makanan yang sama setiap hari? Jadi, sepanjang proses penyediaan lunchbox, kita boleh ketahui apa bahan yang digunakan sama ada bersih, berkhasiat, segar dan macam-macam lagi.
Untuk menyediakan sandwhic, anda boleh menggunakan lebihan makanan sebagai contoh rendang ayam atau daging ke dalam roti pita, tambah dengan beberapa keping salad, timun ataupun tomato bagi menambahkan khasiat dan warna.
Bukan itu sahaja, Chef Zam menggalakkan ibu bapa untuk mendengar apa yang anak-anak mereka mahu dan menggunakan bahan yang berkualiti, bahan-bahan segar yang sarat dengan omega- 3 asid lemak dan masukkan beberapa hirisan sayur-sayuran dan buah-buahan dengan cara yang kreatif ke dalam makanan.
Menurut penyelidikan oleh Mission Foods, Mission Pita mempunyai tarikan yang luas kerana ia adalah rendah lemak, sumber serat yang baik untuk pelbagai mil penuh, mudah untuk digunakan. Mission Pita yang baru ini dibakar dengan sempurna dan boleh didapati dalam dua perisa – plain dan wholemeal.
Mission Pita didatangi dengan dua pilihan iaitu Plain dan Wholemeal, kini boleh didapati di semua pasaraya di Malaysia dengan harga RM6.39 1 paket mempunyai 5 keping roti Pita.