Pengaruh Harry Potter sememangnya kuat, boleh belajar magik secara online dan kini sebuah universiti di China dibina serupa dan sebiji seperti sekolah magik Hogwarts dari filem Harry Potter. Anda tidak percaya? Fikir semula tiada yang mustahil di China!
Untuk pengetahuan anda, bangunan universiti baru di Xinle City, Hebei Province ini mempunyai menara jam gergasi, dinding istana dan juga menara dan difahamkan reka bina universiti itu mencontohi seni bina istana di zaman pertengahan Eropah dan bukannya meniru sekolah magik Harry Potter tetapi bila dilihat ianya lebih menyerupai Hogwarts dan terlalu banyak persamaan. Universiti itu menjangkakan pelajar boleh memasuki universiti pada akhir tahun ini. Jadi, sesiapa yang rasa nak belajar dan rasai suasana di Hogwarts bolehlah daftar ke sini akhir tahun nanti.