Selena Gomez dan Orlando Bloom dating? Mungkin ada yang tidak bersetuju kerana perbezaan usia yang amat ketara, Selena 21 manakala Orlando 37. Secara tiba-tiba nama mereka berdua naik apabila gambar Selena dan Orlando dilihat melepak bersama di luar konsert Chelsea Handler di Los Angeles pada Sabtu lalu.
Kedua-duanya dilihat begitu gembira sehinggalah menyedari kemunculan paparazzi yang merakaam gambar mereka berdua malah jelas kelihatan mereka tidak menyukai dan menyenangi kehadiran paparazzi.
Mungkin Selena dan Orlando hanya berbual kosong atau mungkin ada sesuatu antara mereka, iyelah tidak mustahil kerana kedua-duanya kini boleh dikatakan solo selepas berpisah dengan teman lelaki dan isteri masing-masing.