Pelbagai penyakit berjangkit boleh dicegah dengan langkah mudah seperti mencuci tangan pakai sabun . Sebuah kajian yang dilakukan Katie Greendland dari London School of Hygiene & Tropical Medicine , Inggeris berkata kebiasaan mencuci tangan pakai sabun di saat penting dapat mencegah kejadian cirit-birit sehingga 47 peratus .
Sebaliknya , jika tidak mencuci tangan, mungkin ia boleh menyebabkan cirit-birit , termasuk taun , radang paru , wabak influenza , jangkitan kelahiran baru , dan jangkitan di antara pesakit AIDS .
Bakteria penyebab cirit-birit sebenarnya berasal dari kotoran manusia yang dibawa oleh lalat , air , tanah , dan jari tangan yang mencemarkan makanan . Pencegahannya mudah sekali ,iaitu kebersihan yang baik dan mencuci tangan dengan memakai sabun.
Badan kesihatan dunia ( WHO ) juga menyatakan bahawa kedua-dua tangan kita merupakan laluan utama kemasukan kuman penyakit ke dalam tubuh. Itu sebabnya , selain menjalankan gaya hidup sihat , tabiat mencuci tangan dengan sabun akan mengurangkan dan mencegah timbulnya penyakit .
Cuci tangan pakai sabun hendaknya dilakukan pada masa – masa penting iaitu sebelum makan , sebelum memasak makanan , setelah membersihkan najis bayi , setelah menggunakan tandas , dan sebelum menyuap anak anda.
Cuci tangan sebelum memasak makanan bertujuan menghalang penyebaran bakteria penyebab keracunan makanan. Cuci tangan memakai sabun juga wajib dilakukan sebelum dan sesudah memotong atau memasak daging mentah. Sementara itu setelah memakai tandas atau membersihkan lampin bayi , cuci tangan dengan memakai sabun akan mengurangkan risiko jangkitan penyakit seperti hepatitis A dan salmonela.