Hiburan, Pilihan

Fizz Fairuz Dan Almy Nadia Bakal Berkahwin Sabtu Depan

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Fizz Fairuz Dan Almy Nadia Bakal Berkahwin Sabtu Depan

fizz-fairuz-almy-nadia

Tahniah buat pasangan pelakon Almy Nadia dan kekasihnya, Fizz Fairuz yang bakal menamatkan zaman bujang mereka, Sabtu depan ( 26 April 2014 ) dan bernikah di Masjid Balik Pulau, Pulau Pinang, selepas solat Asar.

Menurut Almy di dalam laporan Utusan Malaysia, persiapan sudah lakukan sejak dari awal dan apabila ditanya perasaannya ketika ini, kata Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, sukar untuk dia berkongsi apa-apa memandangkan belum lagi bergelar isteri kepada Fizz.

BACA  Kim Kardashian & Kanye West Bakal Timang Anak Keempat Dari Ibu Tumpangan

Pelakon Almy Nadia boleh diberikan pingat kekasih paling setia kerana sudah lebih lapan tahun dia menunggu Fizz Fairuz ( fuyo! ) melamarnya menjadi isteri. Pelbagai ujian yang telah ditempuhi oleh pasangan ini termasuklah kisah Fizz Fairus yang pernah bertunang dengan seorang wanita selama seminggu pada bulan Februari tahun lepas tetapi putus kerana Fizz mendakwa wanita itu sudah pun berkahwin. Selama ini pun, Fizz banyak berdolak dalih tentang hubungannya dengan Almy. Apa pun, kami mengucapkan tahniah kerana akhirnya pasangan ini bakal berkahwin juga biarpun banyak ujian melanda.

Leave a Reply
Your email address will not be published. *