Makanan, Pilihan

10 Restoran Makanan Laut Paling Sedap Di Sekitar Kuala Lumpur & Selangor

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
10 Restoran Makanan Laut Paling Sedap Di Sekitar Kuala Lumpur & Selangor

Sedapnya dapat makan makanan laut, ikan pari bakar, sotong goreng tepung, ketam goreng cili, kerang bakar dan pelbagai lagi. Tapi dekat mana restoran makanan laut yang paling best dan sedap sekitar Kuala Lumpur dan Selangor? Wanista senaraikan.

1. Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram, Kuala Selangor

Gambar via www.kualaselangor.biz
Gambar via www.kualaselangor.biz

Rata-rata yang datang ke sini memberikan respon yang baik. Menariknya restoran ini menghadap laut, jadi kalau nak tengok matahari terbenam, di sini memang cantik. Tempat besar dan mempunyai pelbagai pilihan makanan laut, harga juga murah, sedap dan semestinya berbaloi. Bila datang, mesti cuba ketam masak cili, udang tumis petai dan macam-macam lagi.

  • Aroma Ikan Bakar, Jalan Pantai Jeram, Jeram, Selangor

2. Restoran Lala Seafood, Kg Baru

Gambar via mikahaziq.blogspot.com
Gambar via mikahaziq.blogspot.com

Restoran Lala Seafood yang terletak di Kg Baru ini merupakan restoran Thailand jadi di sinilah tempat anda ingin menikmati makanan Thai. Menariknya Lala Seafood ketengahkan konsep rumah kampung, mempunyai 2 bahagian sama ada ada mahu makan di tempat airconditioner atau kipas sahaja. Yang sedap di sini semestinya tomyam seafood yang mempunyai portion agak besar dan isi yang banyak, langsung tidak kedekut. Pencuci mulut seperti pulut mangga juga sedap dan manis.

  • Restoran Lala Seafood, 154, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

3. Restoran Makanan Laut D’Tasik, Bangi

Gambar via ohpida.blogspot.com
Gambar via ohpida.blogspot.com

Restoran ini merupakan sebuah restoran eksklusif terapung di atas tasik dengan susun atur meja serta peralatan persis hotel selain menawarkan satu suasana baru yang menarik tetapi dengan harga murah. Antara menu utama di Restoran Makanan Laut D’Tasik ialah himpunan makanan laut yang segar termasuk hidangan ala carte seperti tom yam seafood, udang mentega, sotong celup tepung selain daging dan ayam masak merah.

  • Restoran Makanan Laut D’Tasik, Bangi
  • Bersebelahan dengan Masjid Universiti Tenaga Nasional (Uniten)
  • Hubungi: 03-8922 2088 sambungan 8031 atau e-melkan untuk tempahan ke businessc@residenceatuniten.com.

4. Suraya Seafood, Kg Baru

Gambar via mikahaziq.blogspot.com
Gambar via mikahaziq.blogspot.com

Selain Lala Seafood, satu lagi tempat makan makanan laut yang best di Kg Baru ialah Suraya Seafood. Sentiasa penuh dengan orang ramai yang datang berkunjung makan di situ. Pelbagai pilihan makanan laut yang segar dan banyak boleh didapati di sini, harga mengikut saiz yang anda pilih. Tempat agak terhad jadi kena datang awal. Mesti cuba nasi bubur berlauk, pulut mangga, nasi dagang, kerang bakar dan pelbagai lagi.

  • Suraya Seafood
  • Kampung Baru (Jalan Raja Muda Musa), 50300 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

5. Nuri Seafood, Kg Baru

Gambar via alwzbemybaby.blogspot.com
Gambar via alwzbemybaby.blogspot.com

Siapa pernah ke Nuri Seafood yang juga terletak di Kg Baru, restoran yang simple tetapi makanan memang sedap. Makanan di sini original dari Thai, malah kesemua pekerja sampailah chef orang Thai. Mesti cuba ikan kembung masak kerabu, tomyam seafood juga sangat pekat, udang celup tepung, sayur kailan ikan masin yang segar dan pelbagai lagi.

  • Restoran Nuri Seafood
  • Jalan Raja Alang, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

6. Restoran Puteri Ayu, Shah Alam

Gambar via http://thedarkskyabove.blogspot.com
Gambar via http://thedarkskyabove.blogspot.com

Menariknya restoran ini pernah keluar di rancangan Jalan Jalan Cari Makan jadi sudah semestinya makanannya sedap dan enak sekali. Mempunyai pelbagai pilihan. Tomyam seafood di sini sedap dan pekat, sotong bakar berempah, siakap bakar dan juga pencuci mulut bahtera ayu ice cream, lagi satu air minuman istimewa mango special dan honeydew special.

  • Restoran Puteri Ayu
  • Jalan Padang Jawa (Padang Jawa), Shah Alam, Selangor

7. Restoran Terapung HM Sri Bagan

Gambar via zuezulaina.blogspot.com
Gambar via zuezulaina.blogspot.com

Restoran ini berkonsepkan terapung, tempat terbaik untuk lihat matahari terbenam. Makanan laut kesemuanya segar dan menyelerakan. Malah, harga setiap makanan laut juga murah dan berpatutan. Jika ke sini, anda mesti cuba ikan siakap bakar, pepahat masak cili, kerang masak serai, ikan kerapu masak stim asam boi dan juga ketam masak berempah.

  • Restoran Terapung HM Sri Bagan
  • Pantai Perkhemahan Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Sepang, Selangor.
  • No. Telefon : 03-31412895

8. Restoran Intai-Intai, Ampang

Gambar via http://www.klurbanite.com
Gambar via http://www.klurbanite.com

Restoran ini pernah memasuki rancangan Jalan Jalan Cari Makan 2009, menjanjikan kesedapan dan kenakan rasa setiap hidangan. Mungkin tempatnya agak tersorok menyebabkan anda susah mahu mencarinya. Konsep restoran ini sangat romantik jadi bolehlah datang untuk meraikan ulang tahun perkahwinan bersama yang tercinta. Antara yang menarik ialah kerabu mangga, tomyam seafood campur sangat pekat, ayam masak bercili ala Thai, pucuk paku goreng belacan, jus mangga, nasi goreng seafood, suhun goreng.

  • Restoran Intai-Intai
  • Backyard Lot 378, Jln Ampang Hulu Kelang, MRR2 Highway, 68000 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

9. Restoran Nur Cahaya Seafood, Pantai Remis, Kuala Selangor

Gambar via http://burnqis.blogspot.com
Gambar via http://burnqis.blogspot.com

Restoran ini terletak betul-betul di tepi laut. Mempunyai banyak menu dan pelbagai jenis makanan laut yang segar dan harga juga berpatutan. Jika anda sudah pilih makanan laut, cuba antara menu ini udang goreng kunyit, lala masak tiga rasa, ketam masak sweet sour, sotong goreng tepung, mentarang masak halia, ikan siakap bakar.

  • Restoran Nur Cahaya Seafood
  • Pantai Remis, Jeram

10. Seafood@River View, Kuala Selangor

Gambar via http://supermengmalaya.blogspot.com
Gambar via http://supermengmalaya.blogspot.com

Boleh dikatakan tempat yang paling enak menyajikan makanan laut dari ketam. Di sini anda boleh lihat kelip-kelip sambil menikmati hidangan, memang cantik. Apa yang menarik dan best di sini, lala masak cili, udang butter, sotong masak Thai, dan yang paling the best ialah crab with milk.

  • Seafood@River View
  • 1. Jalan Besar, Pasir Penambang, Kuala Selangor, 45000, Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
  • +60 3-3289 2238

BACA  Pilih Tembikai Segar Dan Manis Sempurna Dengan 5 Tips Mudah
  1. salam… ruangan yg betul2 bagus psl bg tips utk cari restoren yg terbaik n agak murahhh.. tapi kami nak gak tau, mcm mane lak ngan status makanan yg ade tersedia di sane, HALAL or NON HALAL restaurant. trime kasih

  2. jgn pegi la kt Putera Ayu tu..aku pegi sekali je then tobat dh xnk pegi lg..servis die mmg slow smp kne tgu dkt 1jam..mknn lak mmg xsdp mane pon..hrga lak xberbaloi dgn kualiti makanan..better restoran tu xde dlm list ni..

  3. Honestly, ak mmg suke gile mkn seafood, sometimes seminggu smpai 2,3x Ak makan.. arini, ak nya fav restaurant SURAYA tutup kt kg baru, KL so ak sje search kt google. Bace la blog ni, ak pgi restaurant lala seafood. Mkn Ikan siakap stim limau, kailan ikan msin, kerabu mangga, lala pedas 2 org mkn, telor dadar, nsi puteh 2.. semua skali RM78. WOW!! Tperanjat skjup ak sbb biasay ak mkn around 60-65 menu yg same ak order kt suraya.. xkisahla sal

  4. **Continue, xkisahla beza 10-30 ng suraya but restaurant ni buat tekak ak kembang.. xsedap langsung. Mmg beza sgt.. so bloggers, please removed lala seafood restaurant.. Seriously SUCK!!!

  5. Hm bagan tu rasanya overrated jer.kadang makanan terlalu mahal n x padan dgn harga.sy tau sbb sy mmg duduk bagan lalang..baik lagi pergi restoran wak Lan area2 situ jer or senandung malam.da lama x gi HM BAGAN.rasa mcm kne tipu..tp terpulanglah ikot cita masing2..wallahuaklam.

  6. Restoran Lala yang terbaik. Aku sekeluarga selalu ke sana klu nak menikmati makanan seafood. Service tiptop. kalau order makanan, sekejap je sampai. lauk pun sedap. TERBAIK!!! Siti bagi 5 Bintang!! hehe

    1. Aah Siti. Best. We all pun pernah g. Mmg cepat die saji. hehe..Order kejap je da sampai. Sampai my Hubby kate everything already done and prepared. Just served when customer request the meal. Rasa mcm betul je. Nasi je panas. Lain mcm sejuk.. ngap je masa tu, da lapar..haha

  7. Aroma ikan bakar x sedap..sotong celup tepung dia masin Gila, tolong la frust giler, after that x penah pegi lagi..punya la jauh aku dtg, tp disajikan ngn stong yg masin gile…sedap ngn suasana je, masakan out.

  8. Alamak camne ni baca entry dan marvellous dah sekali komen macam2 pulak

    Mak saya bagi task suh cari restoran seafood best ni sebab mak nak makan besar dengan family

    Huhu

    Mana nak pegi ni?

    Nampak macam top3 tu best

    Please advice dear author

  9. serius jgn pegi HM bagan lalang…hrga mhl nk mampus..cekik drh..lg2 klu org luar yg dtg mkn..tobat sy x g lg dh restoran tu..

  10. Restoran Lala Seafood baru je pg td…, makanan 3/5 … Tak sesedap spt environment yg d gambarkan, baik mkn tomyam seafood dkt tepi menara talam di pandan indah, d best seafood in KL.

  11. Restoran lala & suraya tu saya penah mkn masa duduk kt kg baru dulu.. mmg sedap..lebih2 lg sebab org belanje.. klu x, order kt kedai2 biasa je spjg jln raja alang tu.. hehehe..

  12. Semalam kotiorang pergi mkn ke restoran lala seafood,but xsedap langsung dn mahal,menyesal makan situ sbb dari jauh dtg ramai2..sorry but ikhlas dari hati

Leave a Reply
Your email address will not be published. *