Berita & Isu Semasa, Pilihan

[ Senarai ] Malaysia Catat Pemilikan Kereta Ketiga Tertinggi Di Dunia

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[ Senarai ] Malaysia Catat Pemilikan Kereta Ketiga Tertinggi Di Dunia
Sumber gambar : dwnsiswa.dbp.my
Sumber gambar : dwnsiswa.dbp.my

Menurut sebuah kaji selidik global yang dijalankan terhadap permintaan Automotif Nielsen, seramai 7 daripada 10 rakyat Malaysia berhasrat membeli kereta dalam tempoh dua tahun akan datang berikutan peningkatan paras pendapatan dan lebih banyak isi rumah kini menyertai kelas pertengahan. Kaji selidik tersebut juga menunjukkan hasrat membeli rakyat Malaysia adalah tinggi dalam negara yang disenaraikan dalam kalangan 10 negara utama di dunia berkaitan dengan hasrat membeli kereta dalam tempoh dua tahun akan datang.

Meskipun keseluruhan paras pemilikan yang rendah di rantau Asia Tenggara, Malaysia mencatatkan paras pemilikan kereta ketiga tertinggi di dunia dengan 93 peratus daripada isi rumah memiliki kereta. Negara juga memiliki kadar tertinggi pemilikan pelbagai kereta dengan 54 peratus isi rumah memiliki lebih daripada satu kereta.

Untuk kereta penumpang , Malaysia berada di kedudukan ke-44 dengan 341 kereta per kapita, satu tangga yang lebih tinggi daripada Brunei dengan 327 kereta per kapita. Thailand berada di kedudukan 104 dengan 74 kereta manakala Indonesia berada di kedudukan 119 dengan 39 kereta.

BACA  Sanggup Tukar Result Anak, Aktres Felicity Huffman Berdepan Hukuman Penjara

Pengarah Urusan Industri Automotif Kumpulan Nielsen di Asia Tenggara, Asia Utara dan Pasifik, Chang Par berkata, dari segi sejarah, permintaan automotif di Asia Tenggara agak rendah dan bagi kebanyakan isi rumah, mereka tidak mampu untuk memiliki kereta.

Berdasarkan kepada kaji selidik itu :

  • 88 peratus daripada pemilik kereta Malaysia berhasrat untuk menaik taraf kenderaan mereka apabila mereka berupaya dari segi kewangan untuk berbuat demikian, berbanding purata global pada 78 peratus.
  • 3 daripada 10 pengguna Malaysia menghabiskan masa lebih daripada sejam memandu ke tempat kerja, manakala 23 peratus mengambil masa lebih sejam menaiki tren bagi tujuan yang sama.
  • 18 peratus dan 13 peratus pengguna Malaysia mengambil masa lebih sejam masing-masing berjalan dan menaiki bas ke tempat kerja.
  • 3 daripada 10 pengguna Malaysia menghabiskan masa lebih daripada sejam memandu ke tempat kerja manakala 23 peratus mengambil masa lebih sejam menaiki tren bagi tujuan sama.
BACA  Putera Harry Dan Meghan Markle Pilih Tak Nak Tunjuk Muka Anak Lepas Lahir

Info lain :

  • Negara dengan pemilikan kereta per kapita paling tinggi adalah Liechtenstein, terletak di antara Austria dan Switzerland, dengan 744 kereta per kapita. Tempat kedua adalah Monaco , dengan 729 kereta.
  • Tempat ketiga ketiga merupakan satu lagi negara kecil , Luxembourg, dengan penduduk lebih sedikit daripada setengah juta. Tetapi Luxembourg adalah salah satu negara terkaya di dunia. Hampir setiap orang dewasa di sana memiliki kereta, di 667 kereta per kapita.
  • Negara-negara dengan kadar tertinggi pemilikan kereta biasanya negara-negara kecil tetapi kaya dengan penduduk yang tidak ramai. Pengangkutan awam jelas tidak diperlukan sehingga tidak menghairankan bahawa pemilikan kereta di negara-negara ini adalah lebih tinggi berbanding dengan negara-negara maju yang lain dengan sistem pengangkutan awam yang mantap.
  • Statistik bagi negara-negara lain yang menarik – Jerman ( ke-12 , 531 kereta) , Perancis ( ke-16 , 482 kereta) , Sweden (ke-22 , 466 kereta) , Jepun ( ke-26 , 455 kereta) , United Kingdom ( 27 , 454 kereta) , Amerika Syarikat ( 37 , 403 kereta).

Sumber : 1, 2, 3

Leave a Reply
Your email address will not be published. *