Semua orang sukakan kopi sama ada kopi lemak berkrim, kopi pekat ataupun kopi biasa. Anda sukakan jenis yang macam mana? Penulis sukakan yang lemak berkrim ataupun jenis biasa. Kami senaraikan beberapa kedai kopi/kafe yang boleh anda cuba.
1. CHILLA CUP, SOLARIS MONT KIARA
Bagi anda yang ingin menikmati kopi dengan suasana relax dan tenang, Chilla Cup antara yang terbaik. Anda patut cuba hazelnut latte, pretzels, chilla family set dan pelbagai lagi yang menarik.
LOKASI
Solaris Mont Kiara
No. 2 Ground Floor, Jalan Solaris 3, 50480 Kuala Lumpur.
location co-ordinates – ( N3 10.522 / E101 39.593 )
Tel : +603 6204 9733
2. CAFFE BENE, SOLARIS MONT KIARA
Rantaian kafe dari Korea Selatan telah pun melancarkan dua cawangan pertama di Malaysia, di Sunway Pyramid & Soho KL Solaris Mont Kiara dan rancangan untuk cawangan seterusnya di Pulau Pinang. Keistimewaan di sini laha ‘Patbingsu’ merupakan pencuci mulut dari ais dan pes kacang merah boleh didapati dalam pelbagai bentuk di sini, satu dengan gelato kopi sendiri buatan Caffebene ini (RM10.80). Pilihan lain termasuk bingsu strawberi atau biskut & krim.
LOKASI
Caffe Bene
Ground Floor, SohoKL, Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur. Near Cold Storage
Tel : + (603) 6143 6333
3. WONDERMILK, PUBLIKA
Jika anda peminat cakes atau cupcakes, ini tempat yang sesuai untuk anda. Sesuai untuk anda raikan hari jadi teman tersayang di sini dengan konsep yang sangat vintage dan comel. Pelbagai aneka makanan dan pilihan cupcakes yang ada.
LOKASI
Wondermilk,
7A & 8A Level G2 Publika, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
03-6211 1092
4. GARAGE51, BANDAR SUNWAY
Bagi lot kedai bernombor 51, ia dipenuhi dengan aroma espresso yang datang dari kafe. Sebuah kafe yang telah menawan hati pencinta muda, pelajar, hipsters dan keluarga. Garage51 adalah sebuah kafe berkonsepkan garaj. Unik dan Kreatif! Dekorasi dalaman juga menarik perhatian para pengunjung di samping pelbagai pilihan kopi dan menu.
LOKASI
Garage 51
51, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, Kuala Lumpur, Malaysia
5. ARTISAN COFFEE, BANGSAR VILLAGE
Di sini terdapat pelbagai pilihan jenis kopi dan menu menarik. Artisan Coffee mempunyai perkhidmatan yang mesra, dekorasi yang simple dan tenang, ada satu corner tidak mempunyai meja dan anda boleh pegang dan minum coffee sambil berborak.
LOKASI
Artisan Coffee Bar,
Level One, Bangsar Village II, Kuala Lumpur