Hiburan, Pilihan, Review - Muzik

Menarik ! Dah Dengar Soundtrack Frozen Dalam 25 Bahasa?

Wanista.com
/
Menarik ! Dah Dengar Soundtrack Frozen Dalam 25 Bahasa?

lagu tema frozen

Jika anda sudah menonton filem animasi Frozen terbitan Walt Disney Animation Studios dan dikeluarkan oleh Walt Disney Pictures, anda tentu suka dengan lagu temanya bertajuk Let It Go.

Lagu tersebut telah ditulis oleh komposer Kristen Anderson-Lopez dan Robert Lopez, dinyanyikan oleh penyanyi dan aktres dari Amerika , Idina Menzel dalam peranannya sebagai Queen Elsa dalam filem tersebut.

Let It Go juga telah diangkat sebagai Best Original Song pada Anugerah Akademi ke 86,19th Critics’ Choice Awards , Phoenix Film Critics Society dan Denver Film Critics Society.

Baru-baru, satu lagi versi lagu ini telah dihasilkan. Menariknya lagu ini dinyanyikan dalam 25 bahasa, termasuk Bahasa Malaysia oleh 25 penyanyi yang berlainan. Ini bermakna, Let It Go mempunyai 25 versi dalam bahasa berlainan termasuk Bahasa Perancis, Bahasa Jepun Bahasa Jerman dan Bahasa Bulgarian.

Penyanyi Marsha Milan Londoh telah dipilih untuk menyanyikan versi Bahasa Malaysia. Jom dengar lagu tema filem Frozen ini dalam 25 bahasa. Video ini menggabungkan medley 25 bahasa ini dalam satu lagu.

Dimuatnaik pada 1 April lalu, video ini telah mendapat view sebanyak 945,068 setakat ini.

Leave a Reply
Your email address will not be published. *