Jenama pakaian dari Amerika, Target, dikecam hebat kerana iklan baju renangnya memaparkan bentuk kaki model yang tidak mempunyai thigh gap jurang antara paha ketika seseorang berdiri tegak dengan menyentuh sesama lutut . Jurang paha model tersebut dijadikan seperti bentuk empat segi dan seolah-olahnya model tersebut telah “kehilangan sebahagian daripada bahagian kemaluannya”
Selain itu, saiz kepanjangan tangan model tersebut yang terlalu panjang ( sehingga mencecah atas lutut) juga dijadikan persoalan dan dipertikaikan.
Saban hari iklan-iklan yang dipaparkan di media telah memberi gambaran imej badan sempurna yang tidak realistik kepada wanita, terutamanya remaja. Membentuk model sedia kurus menjadi semakin kurus juga sudah menjadi kebiasaan dalam dunia periklanan yang sebenarnya menjejaskan keyakinan diri wanita.
Namun, hos dan pelawak Ellen DeGeneres ada idea yang lebih pintar untuk mengecam gejala “photoshop job” ini. Baru-baru ini beliau telah menjemput model dalam iklan tersebut, Tanya Marie Keller ke talk show kendaliannya untuk membicarakan dan bertanya pada Keller tentang iklan tersebut.
Sesi bual bicara tersebut bertukar menjadi scene kelakar apabila , Keller hadir ke studio dengan saiz panjang tangan yang sama dalam iklan tersebut, dan rupa-rupanya tangan tersebut adalah tangan extension plastik. Keller duduk dengan janggal malah minum air yang dihidangkan ( dengan kelihatan susah, janggal dan tidak selesa) dan ketika ditanya tentang kebenaran photoshop iklan tersebut, Keller hanya menjawab, “Ini tangan asli saya, tiada photoshop dilakukan“.
Aksi yang mengundang hilai ketawa penonton itu menyampaikan mesej yang jelas bahawa teknik photoshop melampau dalam iklan adalah satu kesalahan dan tidak sepatutnya berlaku. Tahniah Ellen !
Pihak jenama pakaian tersebut bagaimanapun telah memohon maaf dan menjelaskan bahawa iklan tersebut adalah kesilapan daripada pihak mereka dan akan mengeluarkan gambar tersebut daripada laman web mereka.