Info Menarik, Pilihan

Anda Alami Detik Memalukan? 6 Cara Atasi

Malisa Aina
/
petite, nail biter, foodaholic
Anda Alami Detik Memalukan? 6 Cara Atasi
Gambar:http://news.xinhuanet.com
Gambar:http://news.xinhuanet.com

Pernahkah anda mengalami hari atau saat yang memalukan, walau sekejap tetapi ia tetap membuatkan diri anda malu. Bila malu, apa yang anda buat? Pasti muka merah padam?

1. Tarik nafas sedalamnya – Salah satu perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan kembali daripada detik memalukan adalah degan cara tarik nafas. Ambil nafas dalam, melambatkan kadar jantung dan anda secara semula jadi akan berehat daripada emosi cemas anda.

2. Senyum dan ketawa – Bila detik memalukan berlaku, senyum dan ketawa penawar terbaik. Makanan terselit celah gigi, sedang berjalan lagak model tiba-tiba tersadung, mengeluarkan gas secara tiba-tiba – semuanya agak kelakar tetapi memang memalukan. Jika anda boleh ketawa, tersenyum lebar dan berkata sesuatu yang lucu, anda dijamin untuk berasa kurang malu dan mungkin mempunyai pengalaman yang positif.

3. Pandang tempat lain/lakukan sesuatu dan tukar kedudukan – Bila tersadung, cepat-cepat lakukan sesuatu seperti mencari barang dalam beg nescaya orang tidak perasan dan anda tidaklah malu.

4. Jangan riuhkan keadaan – Ada setengah orang bila satu detik memalukan terjadi kepadanya, mulalah ingin menunjukkan kemarahan dan macam-macam lagi. Rasanya itu tidak perlu kerana tiada apa yang perlu diperbesarkan. Sebaliknya, meremehkan keadaan dan menggunakan salah satu daripada kaedah di atas seperti tersenyum dan ketawa.

5. Belajar cara atasi ketakutan dan kebimbangan – Sesetengah orang hanya lebih terdedah kepada kebimbangan sosial dan ketakutan dan boleh menjadi malu dengan mudah dalam keadaan santai. Keadaan memalukan akan berlaku pada bila masa sahaja, jadi cuba belajar untuk menghadapi ketakutan dan kebimbangan anda agar anda boleh hidup seperti biasa.

6. Kenapa malu sangat – Akhir sekali, anda perlu bertanya kepada diri sendiri mengapa anda malu sangat. Apakah perkara-perkara tertentu menyebabkan anda menjadi tidak selesa dan cemas? Contohnya, ketika melakukan presentation dalam kelas di depan orang ramai, anda rasa malu dengan penyampaian anda, cuba berlagak normal sahaja kerana itu perkara biasa dalam hidup. Kadang-kala jika malu tidak bertempat, orang hanya merasakan anda paranoid.

Komen Anda