Pelakon veteran yang kini berusia 66 tahun, Arnold Schwarzenegger kembali dalam filem penuh aksi thriller ‘Sabotage’. Arnold memegang watak sebagai seorang pegawai Drug Enforcement Administration (DEA) bertindak mahu membalas dendam atas kematian isterinya. Pujian pada Arnold yang tetap tampil karisma seperti biasa dan cara hisap rokok memang stail.
Filem penuh aksi thriller ini diklasifikasikan 18 tahun ke atas kerana sarat dengan elemen bunuh, darah juga adegan seksi. Jadi, sesiapa yang tidak boleh melihat darah yang banyak, anda mungkin akan merasa loya kerana filem ini agak ‘open’ dengan semua itu. Yang menarik lagi ialah, filem ini mempunyai twist cerita yang agak menjadi tanda tanya kepada penonton. Twist tang mana, kena tonton di panggung. Dalam mereka mencari pembunuh misteri, ada di kalangan mereka yang menjadi dalang. Siapa?
Di tengah-tengah filem baru perasan pelakon utama Avatar, Sam Worthington juga membintangi ‘Sabotage’. Penampilannya yang berbeza dengan fizikal yang agak besar, mungkin anda tidak perasan.
‘Sabotage’ diarahkan oleh David Ayer yang dibintangi Arnold Schwarzenegger, Joe Manganiello dan Sam Worthington. Filem ini diinspirasi novel 1939, “And Then There Were None”, oleh Agatha Christie. Sinopsisnya, sekumpulan ejen Drug Enforcement Administration yang diketuai John Wharton (a.k.a. “Breacher”) dihantar untuk menyerbu rumah milik pengedar dadah. Motif sebenar kumpulan ejen tersebut ialah merampas semua wang untuk diri sendiri. Kumpulan ejen tersebut menyembunyikan wang yang dirampas dan berfikir rahsia mereka selamat. Tiba-tiba, seorang pembunuh bermisteri mula membunuh ejen kumpulan tersebut satu demi satu.
Klasifikasi: 18
Genre: Aksi / Ngeri / Drama
Tarikh Tayangan: 3 April 2014
Bahasa: English
Pengedar: NUSANTARA EDARAN FILEM
Pengarah: David Ayer
Pelakon: Arnold Schwarzenegger, Joe Manganiello, Sam Worthington, Terrence Howard, Josh Holloway
TRAILER SABOTAGE