Dari 28 hingga 30 Mac 2014, anda berpeluang untuk memenangi Samsung GALAXY S5 dan Gear Fit apabila anda membeli Samsung GALAXY Camera 2. Anda juga akan menerima rebat RM200, pakej WiFi TM dan edisi terhad kamera kantung semasa promosi ‘72 Hours Mad Rush’ ini.
Untuk memenangi Samsung GALAXY S5 dan Gear Fit, anda mesti segera mengaktifkan pakej TM WiFi percuma anda dalam tempoh promosi selama tiga hari dan berada dalam talian. Menariknya, Samsung GALAXY Camera 2 datang dalam reka bentuk retro yang ringan dengan dua pilihan warna. Kongsi gambar-gambar anda di Facebook & Instagram dengan inovatif ‘Tag & Go’.
Samsung GALAXY Camera 2 ini telah dinaik taraf kepada pemproses 1.6GHz Quad Core berkuasa pada platform Android. Ini bermakna anda boleh mengambil, mengedit dan berkongsi imej yang berkualiti tinggi dengan lebih cepat dan lebih mudah dengan kamera berprestasi tinggi ini.
Samsung GALAXY Camera 2 telah didatangkan dengan dua pilihan warna, hitam dan putih yang disyorkan pada harga runcit, RM1, 699 dan boleh didapati di Kedai Jenama Samsung dan Peniaga Samsung Dibenarkan di seluruh negara.
Untuk info lanjut, boleh ke laman web rasmi www.samsung.com/my atau Facebook Samsung Malaysia www.facebook.com/samsungmalaysia.