Kini pencarian masih lagi diteruskan terutamanya untuk mengesan lokasi sebenar pesawat MH370 yang hilang dan masih lagi belum dijumpai. Mungkin tidak ramai di antara pembaca yang mengetahui fakta dan maklumat mengenai lautan Hindi yang seluas 73.56 juta km persegi.
1. Lautan Hindi adalah lautan ketiga terbesar di dunia, meliputi sekitar 20% permukaan air Bumi. Di utara ia disempadani oleh selatan Asia; di barat oleh Semenanjung Arab dan Afrika; di timur oleh Semenanjung Malaysia, Indonesia, dan Australia; di selatan oleh Lautan Selatan. Lautan ini dipisahkan dengan Lautan Atlantik oleh 20° timur meridian, dan dengan Lautan Pasifik oleh 147° timur meridian.
2. Lautan Hindi terdiri daripada 57 kumpulan pulau atau kepulauan, 16 laut atau teluk yang besar, bersempadan 16 negara-negara Afrika, 18 negara-negara Asia dan 1 negeri Australasia, adalah ‘rumah’ kepada 40% daripada rizab minyak luar pesisir dan merangkumi 5 submerged, rabung lautan, 5 sempadan plat tektonik dan 1 Triple Point.
3. Kedalaman purata lautan Hindi adalah 3,890 meter (12,760 kaki). Titik terendah di Lautan Hindi adalah di kawasan jurang Jawa di lautan Sunda dengan kedalaman 7,258 meter ( lebih 25,000 kaki ). Kedalaman Lautan Hindi memerlukan kelengkapan khusus seperti pesawat selam (Submersible) atau Kenderaan Kawalan Bawah Laut (ROUV) yang direka khas untuk menyelam dan menyelamat dalam laut dalam.
4. Lautan Hindi adalah lautan yang mempunyai suhu tertinggi di dunia. Suhu permukaan Lautan Hindi dicatat sebagai 22.0 ° C ( minimum ) hingga 28 ° C ( 82 ° F) manakala di bahagian selatan lautan Hindi, suhu jatuh dengan cepat. Kehangatan laut menyukarkan pertumbuhan fitoplankton, kecuali di beberapa tempat di sana sini. Oleh itu, hidupan laut di Lautan Hindi adalah terhad.
5. Satu perkara kecil yang menarik daripada fakta Lautan Hindi adalah penemuan benua yang tenggelam di lautan ini dinamakan Dataran Tinggi Kerguelen yang dipercayai berasal daripada gunung berapi.
6. Lautan Hindi menyediakan laluan laut utama yang menghubungkan kawasan Timur Tengah, Afrika, dan Asia Timur dengan Eropah dan Amerika. Trafik utamanya adalah produk petroleum berat dan produk petroleum dari telaga minyak Teluk Parsi dan Indonesia. Penangkapan ikan adalah sangat penting bagi negara-negara yang bersempadan dengan lautan Hindi untuk kegunaan tempatan dan eksport. Nelayan dari Rusia, Jepun, Korea Selatan, dan Taiwan juga menjalankan aktiviti laut di Lautan Hindi, terutamanya menangkap udang dan tuna.
7. Pasir pantai yang kaya dengan mineral berat dan deposit pasir pesisir pantai digunakan secara aktif oleh negara-negara bersempadan, terutamanya India, Afrika Selatan, Indonesia, Sri Lanka, dan Thailand.
8. Kawasan terakhir di mana pesawat MH370 dikesan kurang dilalui trafik maritim, dan apabila kapal-kapal dagang dimaklumkan tentang penemuan dua objek di kawasan itu oleh satelit pada Selasa lalu, kapal dagang yang paling hampir dengan kawasan itu mengambil dua hari perjalanan untuk sampai ke situ.
9. Sebelum ini operasi mencari dua objek yang dipercayai milik pesawat MH370 yang diketuai Australia, yang hilang pada 8 Mac lalu itu tertumpu sepanjang perairan 2,500 kilometer dari barat daya Perth. Operasi pencarian dua objek yang dipercayai ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines MH370 di selatan Lautan Hindi merupakan satu kawasan yang paling terpencil dan paling menakutkan di planet bumi, terletak berhampiran pinggir benua Antartika.
10. Keadaan Lautan Hindi yang sentiasa bergelora dengan angin mencapai kelajuan 40 knot (74 kilometer sejam) serta ombak sehingga 10 meter adalah sesuatu yang sukar ditempuh oleh anggota penyelamat yang menggunakan kapal penyelamat. Ketika di lokasi keadaan laut bergelora dan ombak tinggi sudah pasti menyebabkan kapal kecil tidak dapat berada dalam keadaan stabil dan ini menyebabkan Malaysia berkemungkinan terpaksa meminta bantuan peralatan dan kenderaan negara lain. Hanya kapal bersaiz besar atau setaraf pengangkut besar jenis USS dapat berada di lokasi terbabit dengan stabil.