Berita baik untuk penghidap ekzema atau masalah kulit kering dan sering gatal-gatal, kini anda boleh mengatasi masalah tersebut dengan menggunakan Body Wash (Mandian), Body Lotion (losyen badan) dan Intensive Cream ( Krim Insentif), daripada Marine Elements.
Bahan berpaten Zonase X™.
- Ini adalah bahan yang menjadi keistimewaan produk Marine Elements.
- Bahan ini bertindak untuk proses pengelupasan kulit secara lembut dan penjanaan semula kulit tanpa menyebabkan keradangan.
- Bahan aktif ini juga mengandungi protein semula jadi dan enzim yang diperolehi daripada cecair penetasan telur salmon diperolehi dari air tulen dari Norway , dan telah banyak dikaji dan dibangunkan dengan kerjasama Universiti Norway.
Intensive Cream ( Krim Intensif, 50 ml , RM 78.50)
- Krim ini boleh disapu terus ke permukaan kulit yang terlalu kering dan bermasalah.
- Fungsi krim ini lebih kepada rawatan terhadap kulit yang sedang mengalami masalah kekeringan dan ekzema.
Body Wash (Mandian, 500 ml, RM 65.00)
- Mandian ini mempunyai formula bebas sabun dan keasidan yang hampir menyamai pH kulit manusia dalam mengekalkan elemen semuajadi perlindungan kulit.
- Penggunaan sabun yang sesuai juga adalah penting kerana formula sabun yang tidak sesuai akan mengundang dan memburukkan lagi keadaan kulit.
Body Lotion ( Losyen Badan, 200 ml, RM 67.50)
- Disarankan penggunaannya setiap kali selepas mandi. Penggunaa yang kerap akan menguatkan lapisan perlindungan kulit untuk mengatasi masalah kulit kering, kerengsaan dan ekzema berulang.
- Berbanding Intensive Cream, fungsi Body Lotion lebih kepada “maintenance”, untuk mengelakkan masalah kulit daripada berulang atau berlaku.
Rangkaian produk Marine Elements ini bebas steroid, paraben dan telah diuji secara dermatologi. Selain itu, produk ini juga sesuai untuk semua jenis kulit termasuk mereka yang memiliki kulit jenis sensitif, malah ia sesuai digunakan pada bayi dan kanak-kanak.