Pelakon kacukan Taiwan-Kanada terkenal, model dan Duta SK-II Godfrey Gao menyaran wanita zaman millenium (usia antara 22 hingga 35 tahun) untuk kekal menjaga kulit mereka meskipun menjalani gaya hidup yang sibuk. Tiada tolak ansur dalam usaha untuk mendapatkan kulit cerah berseri. Sebagai duta rasmi SK II-Men, wajah Louis Vuitton Musim Panas/Bunga 2011 ini tentu sekali mengesyorkan penggunaan produk penjagaan kulit SK-II.
“Saya kagum dengan wanita masa kini yang menjalani gaya hidup yang sibuk dan mempunyai pelbagai peranan dalam hidup, daripada seorang wanita berkerjaya kepada seorang isteri dan ibu. Saya tidak tekejut apabila mendapat tahu melalui kajian SK-II, wanita kini berkompromi terhadap penjagaan kulit mereka. Saya ingin memberitahu bahawa meskipun menjalani kehidupan yang mencabar, tidak perlu berkompromi terhadap penjagaan kulit kerana adanya SK-II,” kata Godfrey.
Dalam satu kajian oleh SK-II, didapati lebih dua daripada tiga wanita (71.1%) di Asia bersetuju mereka bertolak ansur dalam sesetengah perkara kerana gaya hidup yang sibuk dan lebih daripada satu per tiga (38.68%) wanita Asia berasa keadaan kulit mereka menjadi mangsa kompromi gaya hidup mereka.
Mereka juga berkongsi bahawa waktu kerja yang panjang serta komitmen kerja menyebabkan mereka terpaksa berkompromi terhadap penjagaan kulit. Permulaan rejim penjagaan kulit sejak muda, meminum air dengan banyak, penggunaan krim pelindung matahari dan komitmen untuk menjaga kulit adalah kunci kepada kulit yang sihat.
SK-II Facial Treatment Essence dengan lebih 90% Pitera™ menjanjikan transformasi kulit merentasi lima dimensi untuk mencapai kulit lebih cerah berseri dalam hanya 14 hari. Meskipun telah diperkenalkan lebih 30 tahun dahulu, ia masih menjadi pilihan utama jutaan wanita seluruh dunia termasuk selebriti dan editor kecantikan seluruh dunia kerana komposisinya yang hampir sama dengan Natural Moisturising Factor (NMF) kulit yang tidak boleh diganti secara sintetik atau tiruan.
Kata Godrey, “Saya terkesan untuk menjaga kulit saya selepas melihat ibu saya. Tidak kira betapa sibuk sekalipun, ibu masih mampu mengikuti rejim penjagaan kulit kerana ia amat penting. Tidak kira betapa sibuk sekalipun kehidupan anda, adalah penting untuk tampil menarik kerana ia membina keyakinan.
“Sebelum saya menggunakan SK-II, perapian diri sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup saya kerana saya tahu perbezaan yang boleh dilakukannya dalam bidang pekerjaan saya. Namun selepas menggunaan SK-II MEN, saya dapati kulit saya menjadi lebih cerah dan berseri, tidak seperti yang pernah saya alami. SK-II bukan sahaja telah mentransformasikan kulit saya, malah ia telah memberi keyakinan baru dalam pekerjaan saya dan kehidupan sosial serta peribadi,” kata Godfrey ketika ditemubual mengenai pengalamannya dengan SK-II.