Giveaway, Info Menarik, Pilihan

[ Hari Wanita Antarabangsa ] Kongsi Kisah Inspirasi Anda Dan Menangi Telefon Nokia Lumia 1320!

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[ Hari Wanita Antarabangsa ] Kongsi Kisah Inspirasi Anda Dan Menangi Telefon Nokia Lumia 1320!

poster (2)

IKLAN

Wanista.com dan syarikat telekomunikasi Nokia kini berkolaborasi sempena menyambut Hari Wanita Antarabangsa di mana satu peraduan berkongsi kisah inspirasi anda sebagai wanita akan diadakan sehingga akhir bulan ini. Kami juga berkongsi 3 kisah inspirasi mengenai wanita yang menggunakan teknologi dalam kehidupan mereka. Mereka ini bijak mengatur masa demi menggapai impian dan mengimbangi masa dengan keluarga. 

Kisah Inspirasi Wanita Dan Teknologi 1 : Kisah Inspirasi Hari Wanita Antarabangsa – Bersama Usahawan Choo Mei Sze

Maklumat Peraduan 
Kongsikan kisah inspirasi anda sebagai wanita masa kini yang menggunakan teknologi dalam kehidupan harian anda. Kami ingin menjadikan kisah anda sebagai inspirasi kepada yang lain untuk memberi sokongan dan sumber kekuatan buat mereka. Anda boleh menghantar kisah anda beserta gambar menarik bersama gajet,aplikasi atau apa-apa yang berkaitan. Anda boleh rujuk kisah inspirasi yang telah kami kongsikan di atas untuk mendapat sedikit gambaran. Contoh : Anda boleh berkongsi kisah anda mengatur jadual tugas sebagai ibu dan pekerja dengan menggunakan telefon pintar, anda mengajar di rumah kebajikan dengan bantuan gajet dan teknologi dan sebagainya.

Hadiah lumayan disediakan : 
Pemenang utama : 1 x  Telefon Pintar Nokia Lumia 1320 ( RRP RM1,199)
2 Pemenang Saguhati : 2 x Nokia Asha 501 ( RRP RM219 )
 
Tarikh Tutup Penyertaan 
11:59 malam, 31 Mac 2014  (waktu standard pasifik)
Hantar Penyertaan ( beserta Nama Penuh , Nombor Telefon, Alamat ) 
1.  Emel ( [email protected]dengan tajuk Peraduan Kisah Inspirasi Wanita Dan Teknologi
atau
2. Mesej di Facebook Rasmi Wanista.Com dengan tajuk Peraduan Kisah Inspirasi Wanita Dan Teknologi
Syarat Penyertaan
1. Anda perlu LIKE Facebook rasmi Wanista.com.
2. Seorang hanya boleh menghantar SATU penyertaan. Kami akan memilih 3 pemenang yang berkongsi kisah paling menarik dan menyentuh hati.
3. Keputusan hakim adalah muktamad.
4. Peserta mestilah berumur 18 tahun ke atas.
5. Hadiah hendaklah dituntut kurang dari masa 3 bulan selepas nama pemenang diumumkan.
6. Anda boleh berkongsi kisah anda dengan kisah kurang dari 1000 patah perkataan.
7. Anda boleh sertakan gambar menarik dengan gajet, aplikasi ataupun sebarang teknologi yang anda gunakan.
8. Pemenang akan diberitahu melalui emel sebelum 5 April 2014. Senarai pemenang juga akan diumumkan di laman Facebook dan juga portal rasmi Wanista.com.
Cara pengadilan
Pengadilan semua karya inspirasi akan berdasarkan keaslian dan daya kreatif cerita, kualiti dan juga yang menyentuh jiwa pengadil. Sebarang kisah yang didapati menggunakan, menciplak atau meniru cerita orang lain, akan ditolak penyertaannya serta merta.

Leave a Reply
Your email address will not be published. *