Fesyen Lookbook inspirasi selebriti Malaysia pada kali ini tampilkan pengacara dan pelakon popular Awal Ashaari. Rasanya tidak perlu perkenalkan lagi tentang pengacara ini kerana satu Malaysia mengenalinya ditambah lagi suami kepada pelakon cantik Scha Alyahya. Awal juga boleh dikatakan antara selebriti lelaki Malaysia yang pandai berfesyen, bijak dalam menyuai padankan sesuatu fesyen dan tidak takut risiko berfesyen. Anda lihat sahaja, fesyen yang dikenakan di Melodi, pelbagai dan tidak bosan.
1. Lihat Awal berani mengenakan overall bersama Vans corak leopard.
2. Bersukan dengan mengenakan activewear shorts bersama loose crop top. Pelengkap dengan baseball hat dan kaca mata hitam.
3. Awal mengenakan sweater bercorak agar tidak bosan, long coat rona gelap. Lengkapkan dengan ankle boots.
4. Awal simple dengan hanya t shirt kosong dipadankan dengan Vans bercorak. Simple yet interesting. Kalau boleh, biarlah Vans yang bercorak agar penampilan anda nampak kontra.
5. Kali ini Awal padankan rona merah dan hitam, menarik dan mampu curi tumpuan. Seluar panjang berkotak dipadankan dengan sweater hitam. Selain seluar berkotak, anda boleh juga cuba skinny jeans rona merah jenis kulit.