Pilihan, Resipi

Resepi Biskut Coklat Dengan Oat

Wanista.com
/
Resepi Biskut Coklat Dengan Oat

Biskut Coklat Dengan Oat

Bahan- bahan

Bahan A

  • 2   1/2  cawan oat segera
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1   1/2 cawan tepung gandum
  • 1   1/2 cawan tepung kentang
  • 1 sudu kecil baking powder 
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan B

  • 1 cawan mentega/ marjerin
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan coklat cip
  • 2 biji telur
  • 2 makan sudu susu tepung
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Bahan untuk hiasan

Cip coklat / kacang badam (mengikut citarasa)

Cara -cara

1. Pukul mentega/marjerin bersama gula pasir dan gula perang sehingga kembang.

2.  Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati.

3. Masukkan bahan-bahan A, kacau sehingga menjadi satu doh.

4. Bentukkan adunan mengikut citarasa anda, canaikan terlebih dahulu jika ingin membentuk biskut mengikut acuan atau bentuk menjadi bulat-bulat kecil dan masukkan ke dalam cawan kertas.

5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 12-15 minit.

*Resepi daripada Puan Hamisah Wazir

Komen Anda