Makanan, Pilihan

7 Makanan Sihat Yang Boleh Menggemukkan Badan

Wanista.com
/
7 Makanan Sihat Yang Boleh Menggemukkan Badan

makanan sihat yang menggemukkan - sushi

1.  Sushi 

Sushi selalu diangggap sebagai makanan yang sihat. Selain kandungan sayur- sayuran dan rumpai laut  yang rendah kalori, sushi juga tidak dimasak menggunakan minyak .  Hakikatnya, sedarkah anda bahawa dalam satu gulungan sushi biasanya akan terdapat mayonis dan krim keju ?  Kebiasaannya, satu sajian sushi mengandungi sehingga 290- 350 kalori.  Misalnya dalam satu sushi California Roll, kandungan kalorinya bersamaan dengan dua sandwich berintikan crab sticks. Sushi juga mengandungi kandungan garam yang tinggi.

makanan sihat yang menggemukkan - buah kering

2. Buah-buahan kering

Buah-buahan kering seperti prune, dan aprikot  memang snek yang mudah didapati dan “nampak sihat”. Namun, hidangan ini mengandungi lima ke lapan kali ganda kalori berbanding buah-buahan segar kerana telah menjadi kering dan lebih padat. Malah menurut kajian , buah-buahan kering mengandungi lebih banyak lemak berbanding krim keju. Setiap  100g hidangan  kismis atau kurma pula mengandungi 70 g  lemak. Kandungan gula dalam buah-buahan kering juga sangat tinggi.

BACA  Kerana Skandal Hitam, Kedai Makan Bigbang Seungri 'Aori Ramen' Bungkus

makanan sihat yang menggemukkan - vegie burger

3.  Veggie Burger/ Sandwich

“Buang” daging (beef/ chicken) dalam burger atau sandwich anda mungkin akan mengurangkan kolestrol yang anda ambil. Tetapi jika masih ada keju dan sos tomato (belum termasuk mayonis dan sos-sos penyedap rasa yang lain) risiko untuk anda terdedah dengan pengambilan kolestrol tetap pada paras yang tinggi.

makanan sihat yang menggemukkan - jus
sumber gambar : en.wikipedia.org

4. Jus 

16 auns jus oren atau epal mengandungi 55 gram karbohidrat iaitu bersamaan dengan 5 keping roti. Kebanyakan jus buahan-buahan di pasaran juga mengandungi lebih kuran 12 sudu makan gula. Menurut satu kajian yang dibuat Mailonline , 250 ml sajian jus anggur mengandungi kandungan gula yang sama seperti empat  donut glazed Krispy Kreme.

makanan sihat yang menggemukkan - salad
Sumber Gambar : www.foodista.com

5. Salad 

Salad mungkin merupakan hidangan terbaik untuk mengekalkan pemakanan yang sihat tetapi ia sebenarnya bergantung juga kepada kandungan salad yang anda pilih . Tambahan seperti keju ,kacang pala dan sebaginya akan merosakkan diet sihat  anda ini. Caesar Salad misalnya mengandungi 710 kalori. Satu hidangan penuh Chooped Salad berpotensi menyalurkan kalori kepada anda  sejumlah 500-900 kalori .

BACA  Untung Orang Suka Makan Sayur Taugeh, Ni Manfaat Ramai Tak Tahu
makanan sihat yang menggemukkan - tofujpg
Sumber Gambar : ohmyveggies.com

6. Tofu 

Asalnya hidangan ini memang dalam kategori makanan sihat. Cuma yang menjadi permaslahannya adalah apabila dimasak atau dijadikan sajian, bahan seperti gula dan garam yang banyak akan dimasukkan sekali. Tofu juga kerap digoreng menggunakan minyak yang banyak langsung ‘merosakkan’ makanan sihat ini.

Sumber Gambar : www.fatblaster.com.au
Sumber Gambar : www.fatblaster.com.au

 

7. Yogurt dan buah-buahan

Kedua-dua makanan ini merupakan makanan sihat. Namun, berbanding yogurt kosong, yogurt yang mempunyai tambahan perasa buah-buahan anda akan menambah sebanyak 15 gram gula bersamaan empat sudu teh gula ke dalam yogurt anda.

Sumber : 1, , 2,  3, 4

 

Leave a Reply
Your email address will not be published. *