Berita & Isu Semasa, Pilihan

[ TERKINI ] Perbicaraan Azizul Dan Shalwati Di Sweden : Warkah Maaf Dari Ammar

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[ TERKINI ] Perbicaraan Azizul Dan Shalwati Di Sweden : Warkah Maaf Dari Ammar
ibubapa-sweden-malaysia
Azizul Raheem Awalludin dan isterinya Shalwati Norshal

Surat permohonan maaf yang dihantar oleh anak lelaki pasangan suami isteri rakyat Malaysia di Sweden yang berusia 12 tahun itu, menyentuh hati ramai orang  terutamanya Shalwati Norshal.  Azizul Raheem Awalludin , yang menjadi pegawai Pelancongan Malaysia di Sweden, dan isterinya, Shalwati Norshal , didakwa secara berasingan di Solna daerah mahkamah hari ini dengan pelbagai tuduhan mencederakan empat anak-mereka yang berusia di antara 7 dan 14 tahun.

Pegawai Kedutaan Malaysia , adik-beradik Shalwati dan beberapa rakyat Malaysia yang tinggal di sana hadir untuk memberi pasangan itu sokongan moral. Turut hadir adalah Ketua Pengarah Tourism Malaysia , Datuk Mirza Muhammad Tayeb.

“Mummy, I am sorry. It was my anger that started this. I will always love you and  nothing will change that.” He ended with PS I will always love  you.” – Ammar ( anak kedua pasangan itu )

” Ibu , saya minta maaf . Disebabkan kemarahan saya, semua perkara ini berlaku.  Saya akan sentiasa menyayangi ibu dan tiada apa yang akan mengubah itu. Saya akan sentiasa menyayangi ibu. “

Peguam Shalwati iaitu Kristofer Stahre memberitahu mahkamah bahawa surat itu ditemui di rumah pasangan itu di Spanygayagen ketika pemeriksaan di rumah di mana dakwaan memukul dan serangan terhadap kanak-kanak yang dikatakan telah berlaku. Pasangan ini telah dibawa ke mahkamah dalam keadaan bergari. 

Peguam Shalwati berkata, adalah sukar bagi Ammar untuk bertolak ansur dengan tekanan diminta oleh ibubapanya untuk membantu mereka di rumah, yang menjadikan dia benci kepada ibu bapanya. Tambahnya lagi, Ammar juga merupakan seorang yang suka mencari perhatian dan juga membesar-besarkan cerita. Stahre juga menyerahkan bukti komen yang dibuat oleh Ammar kepada seorang rakan sekelas melalui Skype,mengenai betapa dia membenci ibu bapanya.

Sementara itu , Shalwati kelihatan gembira melihat adik-adiknya dan seorang saudara hadir di mahkamah. Dia juga sangat emosi apabila melihat suaminya Azizul , di dalam pakaian berwarna hijau dan bergari. Dua peguam lain , Johan Kallus dan Clara Hjort , turut hadir untuk membuat tuntutan ganti rugi terhadap pasangan itu jika mereka didapati bersalah atas tuduhan yang dikenakan terhadap mereka.

Keadaan di mahkamah semasa perbicaraan pasangan ini di Sweden
Keadaan di mahkamah semasa perbicaraan pasangan ini di Sweden

Pegawai pendakwaan , Anna Arnell membantah kehadiran ramai orang di mahkamah. Selepas mahkamah berehat, dua wartawan diminta untuk meninggalkan ruang mahkamah dan memerhatikan prosiding dari bilik lain.

Dakwaan 

IKLAN

Arnell bermula dengan mengemukakan tuduhan terhadap Shalwati , bermula dengan dakwaan menggunakan penyangkut baju , kayu atau penyangkut kot dan pemukul permaidani  untuk memukul anak mereka. Beliau juga menggariskan tuduhan terhadap Azizul , termasuk menampar Ammar sehingga jatuh ke lantai dan pukulan pada badannya ketika dia berada di atas lantai. Bagi pertuduhan lain, beliau berkata Azizul memaksa Ammar untuk duduk di satu sudut lebih dari lapan jam tanpa makanan.

Gantirugi

Kallus membuat tuntutan gantirugi untuk Ammar , dengan tuntutan sebanyak RM49,100 ( Krona Sweden 96,200 ) kerana didakwa melanggar integriti, penderitaan mental dan fizikal Ammar. Bagi anak pasangan itu yang lain, Adam , 11, jumlah tuntutan ganti rugi adalah RM27,500 ( Krona Sweden 54,000) , Arif , 7, RM31,600 ( Krona Sweden 62,000 ) dan anak perempuan mereka yang berusia 14 tahun , Aisyah , RM31,600 (Sek 62,000 ).

Perbicaraan itu dijangka berlangsung selama 10 hari. Keterangan dalam kes termasuk sembilan jam rakaman polis dengan anak-anak pasangan itu. Selepas rehat waktu tengah hari, mahkamah telah ditunjukkan tiga klip video Arif sedang ditemuramah oleh seorang polis wanita .

Sumber I , II, III

IKLAN