Fesyen, Pilihan, Review, Review - Fesyen

Koleksi Pakaian My Apparel Zoo Tampil Unik Dengan Fabrik Dari Angola, Afrika

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Koleksi Pakaian My Apparel Zoo Tampil Unik Dengan Fabrik Dari Angola, Afrika

IMG_6196

Bermula sebagai butik dalam talian, akhirnya butik My Apparel Zoo telah membuka bilik pameran mereka di pusat beli-belah Publika, Solaris Dutamas. MyApparel Zoo menawarkan pakaian berbentuk ‘statement piece‘ di dalam bentuk pakaian dengan fabrik bercetak , tops, seluar & aksesori dengan koleksi pertengahan hinggalah kepada koleksi premium, termasuk pakaian dari fabrik cetakan dari Angola Afrika , yang direka & dipilih sendiri oleh pengasasnya Ellie E.Norman , yang juga dikenali sebagai Ellie E.

Wanista.com telah berkesempatan untuk mengunjungi bilik pameran My Apparel Zoo dan kami kagum dengan koleksi pakaian,aksesori di sini. Ellie bijak menggunakan warna fabrik Angola dengan rekaan pakaian yang simple, dalam masa yang sama ‘menghidupkan’ setiap helai pakaian di butiknya seolah-olah setiap pakaian mempunyai ‘cerita’nya yang tersendiri. Pakaian My Apparel Zoo bertujuan memperkenalkan pakaian yang indah ke dalam kehidupan setiap Fashionista .Pelanggan boleh melayari laman web ( myapparelzoo.com ) untuk membuat pembelian secara online atau secara peribadi dengan melawat bilik pameran mereka di Publika , Solaris Dutamas.

IMG_6110

IMG_6115

Pemilik butik  My Apparel Zoo iaitu Ellie E merupakan pembeli fesyen , pereka & pengarah kreatif  My Apparel Zoo dan pakar dalam mereka bentuk pakaian dari fabrik yang dicetak di Afrika. Fabrik Afrika sentiasa menjadi fabrik signature beliau kerana reka bentuk abstrak dan warnanya yang sangat unik menyerlahkan lagi gaya si pemakai. Selain itu juga, kemahiran menguasai bahasa asing membolehkan beliau memasarkan pakaiannya dan juga mendapatkan ilham feysen terkini di negara luar seperti Hong Kong , Shanghai dan Korea.

BACA  Paling Cantik, Lady Gaga Pukau Netizen Dengan Gaun Biru Persis Cinderella

Bagi anda yang ingin melihat sendiri koleksi terkini mereka, anda boleh mengunjungi bilik pameran My Apparel Zoo yang bertempat di Publika B2-1-12, Solaris Dutamas ataupun layari laman Facebook My Apparel Zoo : https://www.facebook.com/myapparelzoo

IMG_6101

IMG_6095

IMG_6137

IMG_6131

IMG_6047

IMG_6039

Leave a Reply
Your email address will not be published. *