Kadang-kala kita terfikir jika kita berkunjung ke luar negara dan kita dibawa makan ke sebuah restoran yang menyediakan makanan halal tetapi tukang masaknya bukan beragama Islam, apakah hukumnya? Sumber bahan basah untuk masakan di restoran itu diambil dari tempat yang dikatakan halal cara penyembelihannya, cuma masalahnya ialah orang yang memasak dan menghidangkan ada yang terdiri daripada bukan Islam.
Menurut Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dalam majalah Wanita menerangkan bahawa makanan yang halal ialah makanan yang zatnya halal dan disediakan cara halal. Orang bukan Islam tidak najis pada orang Islam, jika dia memasak makanan halal ianya halal. Jika dikaji, makanan seperti biskut dan banyak makanan segera disediakan oleh orang bukan Islam ataupun kilang bukan Islam, mereka ini diberi sijil halal oleh Jakim jika mereka menepati syarat halal.
Sumber:Majalah Wanita