Twin Towers @Live 2014 akan diadakan bersempena dengan minggu Petronas Malaysia Grand Prix. Persembahan konsert secara live selama dua malam ini akan diadakan di Menara Berkembar Petronas pada 28 dan 29 Mac 2014. Twin Towers @Live 2014 kali menampilkan penyanyi sensasi Kpop, Rain bakal membuat persembahan secara live. Ada lagi satu info menarik yang ingin dikongsikan kerana penyanyi hebat dari British, Craig David juga mengesahkan kehadirannya membuat persembahan di Twin Towers@ Live 2014. Update terkini, penyanyi sensasi Christina Aguilera juga mengesahkan kedatangannya ke Malaysia pada Jumaat 28 Mac ini. Bukan itu sahaja, turut serta juga beberapa artis tempatan yang bakal membuat persembahan seperti Joe Flizzow, Altimet, SonaOne, Illa Damia, DJ Biggie, Oh Chentaku dan juga Irama.
Tarikh : 28 – 29 Mac 2014
Masa : 6 petang sehingga 2 pagi
Tempat : KLCC
Tiket : Masuk adalah percuma, terbuka kepada semua orang awam
Tahun lalu, Twin Towers @Live 2013 menampilkan banyak nama besar seperti Demi Lovato, U-Kiss, IU dan juga Backstreet Boys.
Untuk info lebih lagi boleh ke facebook rasmi Twin Towers Alive dan twitter rasmi Twin Towers @live (TT_Alive). Kami akan update maklumat terkini dari semasa ke semasa.