Penyanyi Misha Omar atau nama sebenarnya Samihah Omar, 32, akhirnya membuat pengumuman untuk menamatkan zaman bujangnya Mei 2014 ini bersama tunangnya Firos Ezzwan Rossly, 32. Menurut laporan Sinar Harian, penyanyi lagu Bunga-bunga Cinta dan Angin Syurga ini enggan menangguhkan lagi tarikh perkahwinannya. Misha sebelum ini dilaporkan menangguhkan perkahwinannya September lalu kepada Februari tahun ini tetapi sekali lagi terpaksa menangguhkan hasratnya kerana pemergian ayah tercinta.
Misha sepatutnya bakal berkahwin pada 21 Februari ini namun terpaksa menangguhkannya sekali lagi demi menghormati tempoh edah ibunya. Memilih untuk diraikan secara sederhana, majlis pernikahan dan resepsi akan dijalankan di Hotel Renaissence, Kota Bahru, Kelantan pada hari yang sama. Manakala majlis resepsi dipihak lelaki akan dijalankan di Kuala Lumpur.
Misha juga berkata kepada Sinar Harian bahawa beliau enggan menerima mas kahwin berbentuk wang dan juga enggan menerima barangan hantaran berjenama.
“Saya enggan menerima mas kahwin berbentuk wang. Terserah padanya untuk berikan apa-apa sahaja sebagai simbolik perkahwinan kami,” katanya.
Sumber : via