Trend 3-D latte art semakin popular lebih-lebih lagi di Jepun, tetapi kini seni ukiran lobak putih berbentuk haiwan yang terletak di dalam makanan menjadi ikutan di sana. Lobak putih panjang atau dikenali sebagai daikon sering dibentuk menjadi pelbagai haiwan, walaupun beruang kutub dan bentuk gajah merupakan antara pilihan untuk mengukir tetapi ada sesetengah pelanggan yang minta beberapa reka bentuk yang menggerunkan. Menurut restoran tersebut seni ukiran lobak putih ini mampu menarik ramai pelanggan datang ke kedai kerana kelainan yang ditampilkan.
Mungkin ini tips terbaik untuk pastikan kanak-kanak makan sayuran.