Bintang bola sepak David Beckham merupakan bintang untuk kempen koleksi musim bunga David Beckham Bodywear di H&M. Diarahkan oleh Nicolas Winding Refn merupakan pengarah filem Drive and Only God Forgives, kempen tersebut akan mula ke udara ketika US Super Bowl pada 2 Februari 2014.
Kempen ini menampilkan beberapa koleksi Spring David Beckham Bodywear yang kesemuanya kelihatan segar. Antara koleksi seperti long-sleeved Henleys, vests , trunks dan juga long-sleeved raglan tops. Bukan itu sahaja, kali ini juga menampilkan koleksi David Beckham Bodywear khas buat kanak-kanak termasuklah Henleys, vests, trunks, long johns dan juga pyjama. Kesemua koleksi ini boleh didapati di kedai-kedai terpilih H&M dan secara online pada 30 Januari ini.
Kempen koleksi musim bunga David Beckham Bodywear