Kesihatan, Makanan

12 Jenis Makanan Yang Harus Dielakkan Oleh Penghidap Kanser

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
12 Jenis Makanan Yang Harus Dielakkan Oleh Penghidap Kanser

Kanser merupakan satu daripada lima punca kematian utama di Malaysia dan sebanyak 12 peratus kematian dilaporkan di hospital kerajaan setiap tahun akibat kanser  Di Malaysia, kanser pang­kal rahim adalah barah ketiga yang biasa berlaku dalam kalangan wanita selepas kanser payudara dan kolorektal. Kanser berkenaan boleh menyerang mana-mana wanita, tanpa mengira usia dan latar belakang keturunan. Selain itu kanser paru-paru,hidung, limfoma, serviks dan prostat terus menjadi kebimbangan utama di kalangan rakyat negara kita. Pemakanan yang baik amat penting bagi mereka yang menghidapi kanser.

IKLAN

Kami ingin kongsikan dengan anda beberapa jenis makanan yang tidak boleh dimakan oleh penghidap kanser.

1. Taugeh

Mengandungi zat yang mendorong pertumbuhan kanser.

2. Laici, Nenas, Buah Dalam Tin

Meransang pertumbuhan kanser kerana adanya bahan pengawet.

3. Nangka

Adanya gas dan mengurangkan fungsi ubat.

4. Alkohol

IKLAN

Merangsang aktiviti bawah sedar sehingga jumlah oksigen dalam tubuh menurun.

5. Tapai dan minuman ringan

Mengandungi alkohol ( tapai ) dan zat lain yang merangsang pertumbuhan kanser.

6. Perasa makanan ( MSG ) Dan Gula

Karsinogen. Gula merupakan makanan bagi sel kanser dan akan mempercepatkan pembiakan sel kanser. Elakkan pemanis tiruan sebaliknya gunakan pemanis asli seperti pemanis stevia atau madu asli.

7. Ikan yang diawet, belacan, ayam broiller, makanan berlemak dan berminyak

Karsinogen dan mengurangkan kelancaran peredaran darah. Mengandungi kandungan karbon yang tinggi.

8. Kangkung dan sawi putih

Mengurangkan kesan ubat.

9. Ais

Mengurangkan kelancaran peredaran darah dan mengurangkan kesan ubat.

10. Cili

Merangsang aktiviti bawah sedar sehingga jumlah oksigen dalam tubuh menurun.

11. Daging Merah

Menyediakan pertumbuhan tidak normal. Orang yang makan banyak daging merah ( daging lembu dan daging kambing), dan dagin yang dibakar dan daging diproses seperti sosej, daging dan burger adalah berisiko menghidap kanser usus, menurut laporan dalam Jurnal Perubatan British. 

Penyebabnya adalah  amina heterocyclic yang terbentuk di permukaan daging apabila ia panggang, goreng atau dibakar.  Walaupun kajian haiwan menunjukkan bahawa pengambilan tinggi amina heterocyclic boleh menggalakkan kanser, namun ia tidak ada bukti langsung pada manusia.

Sisa daging yang tertinggal di dalam usus akan menghasilkan asid seterusnya memberikan ruang untuk sel kanser subur.

12. Soya

Elak makanan berasaskan soya; kerana ianya mengandungi Estroge yang boleh menggalakkan pertumbuhan sel kanser. Larangan makana makanan berasaskan soya hanya untuk pesakit kanser rahim,ovari dan prostat.

Sumber : Buku Pencegahan Penyakit Dengan Terapi Herba