Semalam akhbar tempatan The Star melaporkan bahawa YB Nurul Izzah Anwar meminta petisyen bercerai secara fasakh dari suaminya. Pihak media telah mengesahkan bahawa mereka ada membuat permohonan fasakh awal bulan lalu , walau bagaimanapun Nurul Izzah dijangka menarik balik petisyen fasakh beliau (pembatalan perkahwinan oleh perintah mahkamah syariah) pada hari ini yang difailkan dua minggu lalu.
Mahkamah Syariah mengesahkan bahawa Nurul Izzah, 34, yang merupakan anak perempuan sulung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan petisyen di bawah Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) Akta 1984, awal bulan ini.
Kes itu, bernombor 14001-055-0023-2014, pertama kali disebut di hadapan Hakim Syarie Ab Malek Awang pada hari Selasa dan tarikh perbicaraan akan datang telah ditetapkan pada 18 Februari depan. Namun begitu, Raja Shahrir Iskandar, yang menerima notis saman itu pada 16 Januari lalu, telah memfailkan permohonan penangguhan perbicaraan kes perceraian mereka.
Berikut adalah kenyataan yang dibuat oleh YB Nurul Izzah di laman blog peribadinya dan juga di laman sosial Twitter
23 Januari 2014
Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini.
Keluarga kami menjadi keutamaan.
Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan, dan kami memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini.
Raja Ahmad Shahrir Raja Salim dan Nurul Izzah Anwar
Nurul Izzah Anwar , 34, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim , 36, telah berkahwin pada 9 Mei 2003 ketika Izzah berusia 23 tahun, dan dikurniakan seorang anak perempuan berusia 7 tahun,Raja Nur Safiyah, dan anak lelaki berumur 4 tahun,Raja Ahmad Harith. Nurul Izzah merupakan MP untuk kawasan Lembah Pantai manakala suaminya bekerja di sebuah bank korporat.
Surat perjanjian penceraian YB Nurul Izzah dan suami yang disebarkan di laman sosial Facebook