Kesihatan, Pilihan

Wardina Safiyyah Dan Sazzy Falak Kongsi Pengalaman Dalam Kempen Detik-Detik Kasih Dettol

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Wardina Safiyyah Dan Sazzy Falak Kongsi Pengalaman Dalam Kempen Detik-Detik Kasih Dettol

IMG_0253

IKLAN

Semalam, Dettol telah meraikan ibu-ibu selebriti dan para pemegang gelaran “Dettol Star Mom” (Ibu Mithali Dettol) di satu majlis minum teh di Kuala Lumpur bagi menghargai peranan ibu sebagai sebahagian daripada kempen Detik-Detik Kasih. Sebagai pemimpin dalam pengeluaran antiseptik yang memberikan perlindungan daripada kuman, Dettol memahami peranan penting yang dimainkan oleh insan yang bergelar ibu, bukan sahaja di rumah tetapi juga dalam masyarakat, amnya.

Peranan ibu adalah sangat penting untuk menyemaikan tabiat menjaga kebersihan dalam keluarga dan juga dalam masyarakat. Disebabkan banyak interaksi dan sentuhan fizikal di sekolah, setiap kanak-kanak terdedah kepada pelbagai penyakit berjangkit, terutama sekali apabila kuman boleh merebak dengan cepat. Ibu memainkan peranan penting dalam usaha memastikan anak mereka mempelajari cara membasuh tangan dengan betul dan juga menggalakkan amalan yang baik untuk menjaga kebersihan kerana ini penting untuk melindungi kesihatan si manja.

Kempen Detik-Detik Kasih ini bertujuan menghargai wanita di seluruh Malaysia, bermula dengan forum dalam talian selama 6 minggu dan perbualan dengan beberapa orang ibu selebriti paling dikagumi di Malaysia, termasuk Sazzy Falak, Wardina Safiyyah, Diana Daniella, Dynaz Mokhtar, dan Aishah Sinclair.

IMG_0220

IMG_0212

Kempen Detik-Detik Kasih bertujuan untuk membincangkan cabaran dan kerumitan yang dihadapi oleh seorang ibu dan memperkenalkan forum online yang membolehkan ibu selebriti menceritakan rahsia hubungan erat dan bahagia dengan si manja mereka. Pada masa yang sama, ia juga bertujuan untuk menyediakan saluran perbualan mesra online antara ibu-ibu, yang berkisar tentang tiga topik penting: asuhan yang baik dan menegakkan nilai-nilai Melayu dan amalan kebersihan yang baik.

Ibu yang turut serta digalakkan bertukar-tukar cerita dan berkongsi detik-detik indah yang dilalui sebagai ibu. Setiap minggu, cerita paling menarik dan memberi inspirasi dipilih daripada setiap forum untuk dinobatkan gelaran “Dettol Star Mom.”

IMG_0349

IKLAN

IMG_0447

Para pemenang peraduan Dettol Star Mom juga diumumkan di majlis minum teh yang diakhiri dengan ikrar bersama antara ibu-ibu Mithali Dettol dan ibu-ibu selebriti untuk menggalakkan tabiat menjaga kebersihan, amalan asuhan yang baik, dan terus menyemaikan nilai-nilai tatatertib Melayu yang penting dalam masyarakat.

Ibu-ibu Bintang Dettol ini juga berpeluang makan tengah hari bersama dengan ibu selebriti Sazzy Falak dan Wardina Safiyyah sambil berbual mesra dan bertukar-tukar cerita tentang pengalaman sebagai ibu dan berkongsi detik-detik paling indah dalam hidup mereka.