Bagi wanita, kulit yang cerah berseri tidak lagi memadai untuk pengguna masa kini yang mahukan tona kulit sekata dan tekstur kulit yang bersinar dari dalam. Untuk mendapatkan tona kulit sekata agak sukar kerana cuaca yang tidak menentu serta kesibukan masa menyebabkan kita sering alpa. SK-II telah melancarkan produk baru dalam rangkaian Cellumination iaitu Cellumination Aura Essence. SK-II Cellumination Aura Essence memberikan aura kulit putih berseri dengan sentuhan kecerahan dan memberikan kepuasan dalam penggunaannya dengan bertindak memperbaiki tekstur kulit, seri dan kawalan bintik hitam dan pada masa sama meningkatkan Soft Radiance Aura, yang menggunakan kuasa PiteraTM dengan ekstrak Ume.
Cara Baru Untuk Kulit Yang Lembut Berseri
Mengambil inspirasi daripada kehendak pengguna dan standard yang diletakkan oleh golongan profesional, kajian berterusan SK-II telah menemui dua faktor selular – Cell Luminous Factor dan Cell Clarity Factor – yang mampu memberi Aura of Soft Radiance yang membiaskan cahaya dari dalam kulit.
Cell Luminous Factor, nama kepada butir-butir yang terdapat pada lapisan atas epidermis, mencerahkan kulit dengan meningkatkan serakan cahaya. Sementara itu, Cell Clarity Factor mengawal kecerahan kulit dan memberi kesan terhadap penyampaian cahaya dengan mengurangkan pengambilan melanin yang boleh menghalang cahaya. Kedua- dua faktor ini bekerjasama dan peningkatan kandungan kedua-dua tahap tersebut akan mencerahkan kulit untuk memancarkan Soft Aura Radiance yang dikehendaki. Maka, lebih banyak kandungan Cell Luminous Factor dan Cell Clarity Factor, maka kulit akan menjadi lebih cerah berseri dengan aura sinar yang bagaikan diselimuti tabir cahaya.
Melakukan Persediaan Untuk Aura White Skin
Berasaskan kuasa PiteraTM, SK-II Cellumination Aura Essence dikuasakan dengan kompleks aktif baru Soft Aura White yang menggabungkan kandungan Ekstrak Ume, Pixel-WhiteTM, Niacinamide dan De-Melano P3C®. Kandungan baru tersebut direka untuk meningkatkan Aura of Soft Radiance kulit melalui peningkatan Cell Luminous Factor dan Cell Clarity Factor di samping tiga faktor lain yang dikenalpasti penyelidik SK-II yang mampu mencerahkan kulit – keanjalan epidermis, glikasi protein (keratin dan kolagen) dan tahap melanin (jumlah dan taburan).
Ekstrak Ume, satu kandungan baru SK-II, telah terbukti untuk menggalakkan Cell Luminous Factor. Diperbuat daripada Nankou-ume, aprikot Jepun yang bergred tinggi, ekstrak ini terbukti meningkatkan Cell Luminous Factor sehingga 55%2, dan membantu meningkatkan aura kulit. Satu bentuk Vitamin B3 yang unik direka khas untuk pemutihan, De-Melano P3C® menghalang pengambilan melanin melalui keratinocytes, cell yang banyak di dalam epidermis untuk menggalakkan Cell Clarity Factor. Keberkesanan kedua-dua bahan ini dikuasakan lagi dengan penambahan agen pemutih Pixel-WhiteTM. Dengan kombinasi bahan-bahan ini, Cellumination Aura Essence mampu menembusi lapisan kulit untuk mengurangkan bintik hitam dan kulit kusam serta menghaluskan tekstur kulit untuk mencapai Soft Radiance.
Persembahan Bersinar dengan Keputusan Mengangumkan
SK-II Cellumination Aura Essence telah terbukti memperbaiki kedua-dua Cell Factor dan meningkatkan Aura of Soft Radiance bagi menjadikan kulit berseri. Dalam tempoh empat minggu, kandungan Cell Luminous Factor meningkat secara ketara sementara jumlah melanin berkurangan apabila Cell Clarity Factor bertambah. Dengan penggunaan satu botol Essence, 84% wanita berpendapat mereka menyukai seri semulajadinya dan 92% bersetuju kulit mereka mula berseri selepas satu minggu3.
Harga & Pasaran
Serlahkan rahsia kulit cerah berseri dari dalam dengan Cellumination Aura Essence baru yang boleh didapati di kaunter SK-II seluruh Malaysia mulai 3 Februari 2014.
- SK-II Cellumination Aura Essence (30ml) RM524
- SK-II Cellumination Aura Essence (50ml) RM745
- SK-II Cellumination Aura Essence (75ml) RM1,022